Pages

Friday, June 30, 2017

Udang Goreng Kunyit dan Sup Makaroni Bebola Ayam


Menu bulan puasa aritu. Tapi tak sempat nak update kat sini. Menu ni simple ajer. Udang pun tak berapa nak fresh.....beli kat supermarket....bukan macam selalu....beli kat jeti.



Udang goreng kunyit
http : zulfadreamland.blogspot.my

300 gm udang
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
2 inci halia hiris
20 biji cili padi ketuk/hiris
Sedikit sebuk kunyit
10 batang kacang panjang - patah2kan 2 inci panjang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan kunyit, udang dan kacang panjang. Tumis hingga udang masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Done!



Sup makaroni bebola ayam

Bahan-Bahannya...

200 g bebola ayam (boleh ganti dengan lain2 perencah seperti isi ayam, daging dan lain2)
200 g macaroni di rebus
Sawi/Karot/bunga kobis/brocoli/kobis/celery
Daun sup/bawang
5 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 1/2 inci halia (hiris)
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam
-----------------
Tumis bawang, halia dan rempah ratus hingga naik bau.
Masukkan ayam/daging. Bila dah separa masak masukkan air.
Masak hingga daging/ayam empuk.
Masukkan garam dan sayuran.
Sebelum angkat masukkan macaroni.
Dah siap pun.....makan la.....

Wednesday, June 28, 2017

Lamb Bbq


Tempahan kawan opis hubby....utk juadah raya katanya. Nanti dia tinggal reheat jer. Ni jugak jadi juadah gathering kami malam raya tu.... Habis licin 2 kg kambing....ingatkan semua dah jemu makan kambing...tapi rupanya masih jadi juadah no 1 dalam carta malam tu.


Lamb nj saya marinate guna sos bbq special ZLC jer. Kemudian saya bakar dalam oven sampai lamb dan kentang lembut. Jampi2 lebih kurang....dah siap....hahaha.

Sos ni saya jual yang dah siap pack sekilogram bila ada permintaan dari rakan taulan. Alhamdulillah so far feedback memberansangkan.


Boleh rujuk resepinya dilink ini yer.


Menu Berbuka dan Moreh 28 Ramadhan: Mee Kari Udang


Menu berbuka dan moreh 28 ramadhan. Berbuka ramai2 dengan geng surau di surau. Potluck. Seronok....memori indah kami Ramadhan 2017.


Mee Kari Makcu

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball da fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.

---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng


Lemang Periuk Kera



Dah lama terigin nak makan...sejak tengok dalam cerita upin dan ipin. Anak2 pun excited nak mencuba. Puasa aritu jiran oderkan....kumpul byk2 oder untuk delivary. Tapi rasanya agak mengecewakan...tawar dan tak rasa lemaknya.

Bila jiran bagitau dia order periuk kosong saya pun tumpang order sekali...2 set entah berapa periuk tak kira....kalau jadi niatnya nak bagi family lain rasa....lemang unik ni.

Anak-anak pun excited....tolong isi periuk dengan pulut....sampai selesai. Cepat sikit siap....ummi pun dah ngantuk sangat....set jer timer....terus naik tidur...tak tunggu masak...

Paginya bangun dah siap. Alhamdulillah....masak elok dengan cemerlang. Dapat la bawa untuk buah tangan mengunjung rumah adik beradik 1 syawal.


Lemang periuk kera

Periuk kera secukupnya - bersihan dan buang bibirnya. Toskan.

Pulut - basuh, rendam 2 jam dan toskan.
Santan sederhana pekat + garam secukup rasa

Isi priuk kera 3/4 penuh. Susun dalam loyang pengukus. Tuang santan hingga penuh. Kukus selama 20 - 30 minit atau hingga masak.

Hidangkan bersama rendang.


Pasta Olio Oglio


Menu sampingan family gathering ramadhan terakhir. Punya nak cepat sampai terlupa nak masukkan cendawan dan cheese.


Resepi pasta olio oglio

Bahan2

500 gm pasta
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 cawan minyak zaitun
1/4 sk cili kering (flake - serbuk kasar tu) atau ikut citarasa
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ( lada hitam yg tumbuk sendiri yer bkn yg dah siap kisar tu kalau nak sedap la)
1/4 cawan Italian parsley dicincang

1 cawan parutan Parmigiano-Reggiano cheese - saya tak letak....tapi ada resepi guna parmesan cheese jer

Saya tambah

1 sk  daun basil (flake)
1 biji bawang holland cincang
1 pack cendawan butang
1/2 cawan cendawan jelly potong kecil
1/2 biji cili benggala hijau potong kecil
1 biji cili merah hiris kecil - kalau ada cili benggala merah dan kuning lagi menarik
Udang dan sotong secukupnya (kalau nak letak isi ayam pun ok)

Cara2

Rebus spaghetti hingga lembut dalam air mendidih yg telah diletak sedikit garam. Kacau sekali sekala. Toskan. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun hingga naik bau dan keperangan. Masukkan udang dan sotong dan  kacau dan biarkan masak. Masukkan bahan2 lain dan kacau seketika. Tutup api dan masukkan spaghetti. Gaul sebati, masukkan dalam mangkuk, tabur cheese dan hidangkan


Udang Masak Paprik


Paprik udang....antara menu yg dihidangkan 29 ramadhan...hari terakhir puasa 2017....family gathering...acara tahunan ramadhan. Selalunya gathering dibuat lebih awal...tapi tahun ni tak sempat. Alhamdulillah....dapat juga buat walau pun dah penghujung bulan.

Plan asal udang ni nak di masak sweet sour tapi tak sempat nak cepat. Banyak lagi nak disediakan sebelum masuk waktu berbuka.


Udang Masak Paprik

Bahannya...

3 sb pes nam prik pao (resepi di bawah atau boleh beli yang dalam botol)
4 sb sos tiram
2 sb sos cili
15 biji cili padi (pecahkan)
1 biji bawang holland potong bulat
5 helai daun limau purut - hiris
4 batang serai - ketuk
15 ekor udang besar (sotong/ayam/daging pun boleh)
Sayur pilihan - kobis, kacang, kobis bunga, asparagus, putik jagung, karot dll....

7 ulas bawang putih - pecahkan
5 ulas bawang merah - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Masukkan cili padi dan serai. Tumis hingga cili layu. Masukkan pes dan sos. Tumis sebati. Masukkan sayur karot (yang keras dan ambil masa lama skit untuk di masak). Masukkan udang dan tumis hingga udang hampir masak dan masukksn sayuran lain dan daun limau. Tumis hingga udang sempurna. Tutup api dan hidangkan.


PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO

Sumber Mamak haji


Bahan-Bahan:


1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
3/4 cawan minyak masak.
25-30 cili kering.
1/4 sudu (tbsp) garam.
1/2 cawan udang kering.
2 1/2 - 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
Kiub Belacan basah satu inci X satu inci.
1/3 - 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.

2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.

3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil.

5. Adunkan semua perencah di atas dengan 2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.


Roti Bawang Putih Gulung dan Sup Cendawan Berkrim


Tempahan yang sempat diaiapkan sabtu lepas. Peminat no. 1 sup dan roti saya. Boleh unaikan setahun sekali jer. Bila turn raya belah saya dulu. Kalau raya kampung dulu balik awal....dua hari sebelum raya....jadi tak boleh la nak buatkan.


Roti bawang putih dan sup cendawan

Roti bawang putih

3 kg tepung hp atau gandum
60 gm kfine supercream
480 gm mentega
420 gm telur
600 gm gula
90 gm yis
30 gm garam
1350 gm air sejuk (dlm fridge)
300 gm susu tepung

Satukan semua bahan dan uli hingga elastik. Perap sejam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk hilangkan angin.

Bentuk ikut seperti dlm gambar. Bakar suhu 180 celcius selama 20 minit.

Resepi garlic butter

250 gm mentega
2 labu bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
Pasley kering atau segar (cincang halus)

Satukan dan gaul rata.


]Sup c0endawan berkrim

bahan2nya

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.


Nasi Briyani Abang Sado JJ


Menu syawal ke 3 di kampung. MIL request nak makan. Jadi hubby masakkan raya ke 3. Kami sampai kampung pagi raya ke 2....jalan clear....bergerak lepas subuh, awal lah sampainya ke kampung. Tapi kepenatan jadi tangguh masak raya ke 3.

Nak update terus kat sini tak boleh....network teruk sepanjang raya...tapi sebelum raya pun sebenarnya dah mula.....tak boleh upload gambar.. Ni kat highway....baru lah berjaya...


Masak 2 jenis lauk....ayam dan kambing. Macam biasa kambing paling laris. MIL pun makan lauk kambing jer. Sama la macam saya....jemu makan ayam daging...kalau ayam kampung laju lagi.

Saya guna resepi biasa Kalau berminat nak resepi jemput singgah dilink nasi-briyani-johor.




Kali ni tak rajin buat dalca. Lagi pun dalca selalunya tak abis.....cukup dengan jelatah jer. Cuka takde.....jelatah tu saya peeahlkan lemon. More healthy gitew.



Thursday, June 22, 2017

Apam nasi pandan


Pencuci mulut Iftar ke berapa entah...lupa. Dah tak sempat nak update terus masakan2 bulan puasa ni. Kuih kegemaran yang amat sangat ni. Kebetulan nasi sejuk banyak....nasi yang agak lembik sebab anakanda salah ukur air masa memasaknya malam sebelum. Jadi saya bagi resepi kat kakak suruh dia bancuh adunan. Balik rumah dari pejabat tengok apam dah siap terhidang untuk berbuka puasa...


Apam nasi pandan

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis 
1 paket eno (paket biru) (optional)

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 
Perap 3-4 jam. Masukkan eno dan kacau rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz acuan. Hidang dengan kelapa parut.


Daging Lada Hitam


Menu Iftar ke 25 Ramadhan. Daging lada hitam yang hirisannya sedikit tebal. Masak dalam keadaan kelam kabut sebab balik agak lambat. Agak lama juga tak masak lauk ni. Sebab kat rumah ni memang jarang-jarang beli daging.

Masakan ni kalau taknak makan dengan nasi pun boleh....makan dengan roti perancis atau kentang pun sodap. Tak pun makan jer dengan pasta.


Daging Lada Hitam
Black Pepper Beef

1 kilo daging
 5 ulas bawang merah
3 inci halia
6 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
3 sb Lada hitam ditumbuk (jgn terlalu hancur)
8 sb sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak
---------
Goreng ayam/daging dengan sedikit minyak. Jgn sampai terlalu garing/kering.
Angkat dan ketepikan.
Tumbuk bwg merah, halia dan bawang putih hingga lumat.
Tumiskan bahan2 yg ditumbuk dengan minyak menggoreng ayam/daging tadi hingga naik bau.
Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan ayam/daging. Masak hingga empuk.
Masukkan bawang besar dan lada hitam, kacau sekejap hingga bawang agak2 layu sedikit dan angkat.



Filet ikan celup tepung dengan sayur sos masam manis dan kobis asak lemak putih



Menu iftar dulu semalam. Kebelakangan ini agak sibuk. Tak berkesempatan nak menulis post. Agak2 ada masa senggang saya cuba juga menyelit update blog ni.

Anak2 saya suka ikan tanpa tulang.....senang dimakan tanpa perlu risau tercekik.


Kobis masak lemak putih dengan telur

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji sayur kobis
3 mangkuk santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang besar - hiris
3 biji telur
garam secukup rasa

CARA

Bersihkan sayur kobis dan dipotong kecil. Masukkan santan dan bawang  ke dalam periuk . Pecah kan telur ke dalam kuah santan apabila telah naik wap. Masak hingga kuah mendidih dan boleh la di masukkan kobis dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali supaya santan tak pecah minyak dan masak sehingga sayur sebati kobis layu .


Filet Ikan Celup Tepung Dengan Sayur Sos Masam Manis @ ZLC

Ikan goreng tepung

Bahan2nya 

1 kg isi ikan - potong  saiz 3 -4 inci (guna yang fresh pun lagi bagus)
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder) - optional
1 cawan air
2 sk serbuk serbuk cili
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 sb minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2nya



Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, semua serbuk dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun isi ikan yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, 

Untuk Sayur Sos Masam Manis


6 sb so plum
6 sb sos tomato
6 sb sos tiram
2 sb cili kering kisar
Garam secukup rasa
1 inci halia - hiris
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - hiris 
1/1 batang lobak merah
1 cawan hirisan cili benggala
1 cawan kacang sweet peas
1/2 cawan putik jagung
1 cawan nenas (kali ni takde stok)

Sementara itu sediakan sos masam manis. Panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga keperengan.  Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuangkan sos2 dan garam secukup rasa dan gaul rata. Masukkan sayuran pilihan. Masukkan cili benggala dan nenas. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat.  Kacau selalu dan tutup api.


Tuangkan ke atas ikan goreng tadi. Taburkan hirisan daun ketumbar jika suka. Dah siap.




Sup Pekat Berempah Makmak


Moreh isnin lepas. Sup pekat....makan dengan roti.....yang paling best kalau dapat roti benggali....tapi yang ni makan dengan roti gardenia jer. 10 kg kambing tak termasuk gearbox, habis licin seperiuk. Orang sekarang dah suka makan kambing. Dulu2 jer orang takut darah tinggi la....hamis la...sekarang lelaki perempuan dah makan....budak2 pun suka daging kambing.

Sup ni tak perlu sediakan sambal kicap...sebab pedas dah....penyekkan jer cili padi tu kalau nak lebih menjobang....hahaha.


Sup tulang berempah MakMak @ ZLC (Tumis darat)

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
10 helai daun salam
4 sb lada hitam (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1 kg karot
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.


Monday, June 19, 2017

Biskut Semperit Traditional

Kukis raya lagi. Kali ni saya guna reaepi traditional....sukat guna mangkuk....pastu gaul2 saja.



Resepi ni pemberian dari member seofis.....dah lebih sepuluh tahun guna resepi traditional ni...
tak pernah menghampakan.....cuba jangan tak cuba....tq min.....

Biskut samperit/dahlia traditional
@ zulfadreamland.blogspot.my

1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk tepung jagung
1 mangkuk gula ising
1 sb tepung kastard
1 mangkuk mentega
2 biji kuning telur

-------------------
Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.
Masukkan mentega dan gaul sebati.
Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.

Guna nozel pecah 12 atau ikut citarasa. Boleh juga pilih nozel nipis panjang macam tart gulung tu.

Tekan doh di atas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 25 minit suhu 170 celcius kepada saiz dan ketebalan.