Pages

Sunday, May 7, 2017

Bun Kacang Merah


Musim meroti telah kembali. Balik jer dari pasar terus jer menguli. Minggu lepas 3 kali buat roti burger....minggu ni tukar selera pulak. Bun kacang merah. Menggunakan resepi asas roti....pelbagaikan bentuk dan fillingnya sahaja.

Resepi Bun Kacang Merah @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam

Inti kacang secukupnya
Bijan untuk hiasan


Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan. Ambil seketul doh....leperkan dan letak inti. Tutup doh dan rounding. Bentukkan ikut suka dan letak atas loyang. Biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Spray permukaan dengan air dan tabur bijan.

15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.

No comments:

Post a Comment