Pages

Saturday, April 8, 2017

BAKED MANGO CHEESECAKE


Baked Mango Cheesecake, pilihan anakanda berdua untuk meraikan hari lahir mereka.... Dan2 tu tak suka kek coklat. Kebetulan musim mangga, manfaatkan sepuasnya musim ni. Nanti nak beli stok untuk buat puding, aiskrim dan juga pulut mangga.


Plan asal nak buat chilled cheesecake jer...tapi malam tadi malas dan takdan nak mengekek. Subuh2 tadi baru nak membuatnya dan kena siapkan sebelum tengahari, jadi pilihanya adalah baked cheesecake.


Anak2 dah ke rumah kakak untuk majlis berendoi...jadi pagi2 saya siapkan apam gula hangus dan bakar kek ni sebelum keluar ngeteh bersama hubby..... Bila balik tengok permukaan cake dah keperangan....adehhhh. Rupanya salah setting oven...patut bakar dengan api bawah jer. Tapi saya lupa tukar setting guna api atas bawah.


Nak tutup celanya, deko kasi lawa skit.....tadaaaa. Boleh la kan...deco seorang baker amatur.
Resepi kek ni saya olah daripada resepi Evelynn yang saya perolehi dari blog ovenkecil.blogspot.my.

BAKED MANGO CHEESECAKE
Zulfaza Loves Cooking

Base:
160 g biskut digestive, dihancurkan
20 g brown sugar
100 g mentega,dicairkan

Cara-cara membuat base:

Satukan semua bahan base dan tekan dalam loyang springfoam bersaiz 8" yang telah digris dengan mentega.

Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Sejukkan pada suhu bilik.

Filling Keju:
Bahan A:

500 g cream cheese
130 g gula kastor
30 g tepung jagung

Bahan B:
1 sudu besar jus oren
1 biji parutan kulit oren
150 g isi mangga (1 biji mangga) - kisar tanpa air
1 biji mangga - potong kiub

Bahan C:
3 biji telur

Bahan D:
150 g uht whipping cream (dairy whipping cream)

Cara-cara membuat filling cheese:

Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.
Masukkan bahan B ke dalam adunan cheese tadi. Pukul sebati.

Masukkan C satu per satu. Pukul sebati.
Kemudian masukkan D dan pulul sebati.
Tuang adunan cheese ke dalam loyang yang telah disediakan base tadi.

Bakar selama 1 jam 15 minit pada suhu 160C menggunakan api bawah sahaja.

Setelah sejuk, simpan kek ke dalam peti sejuk selama 5 jam.


Manggo topping:

Bahan A:
1/2 paket serbuk agar-agar
500 ml air
100 gm gula

Bahan B:
Mangga secukupnya untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

Satukan bahan A. Biarkan 5 minit. Kemudian masak hingga larut sepenuhnya.

Keluarka kek dari peti sejuk. Susun hirsan mangga di atasnya. Tuang jelly di atasnya. Sejukkan semula di dalam peti ais hingga topping mengeras.

Keluarkan kek dari loyang springfoam dan potong. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment