Pages

Sunday, March 12, 2017

Nasi Arab (Chicken Kabsa)


Ssekali layan tempahan nasi arab dari jiran dan kengkawan. Nasi kabsa ayam yang diminta. Memang dah agak lama tak terima tempahan. Anak2 dan suami pun bila makan terasa nikmantnya sebab lama sangat tak makan.

Lately weekend pun agak pack....macam2 hal nak diuruskan...dan macam2 kerja rumah nak disiapkan. Alhamdulillah minggu ni cuti 2 hari...dah sebulan sabtu penuh dengan urusan pejabat dan hal2 luar.

Jadi cuti 2 hari weekend ni rasa nikmat sangat...boleh shopping keperluan dapur dan santai2 masak untuk tempahan...


Nasi kabsa

Bahan-bahan:

1 kg ayam - potong 8
3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
3 3/4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah kambing
2 sb minyak masak
1 sb minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sb tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (optional)
1 1/2 sb rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada bengala ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih on dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**sukatan air ni bergantung pada jenis beras dan ambil kira air dari kuah masak lauk tu

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik atau periuk biasa.  Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.


Sos:

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur


Saya hidangkan nasi dengan salad segar....ringkas dan menyihatkan gitew.


Lengkap sudah hidangn nasi kabsa saya hari ni...banyak hidanga sampingan lain boleh dipilih seperti maraq, fatoush salad....ikut citarasa. Saya biasanya hidangkan gini jer....ada sambal salsa dan salad segar jer.


No comments:

Post a Comment