Pages

Sunday, February 5, 2017

Kek Pisang Mudah


Resepi Mat Gebu menarik perhatian saya untuk dicuba. Sebabnya resepinya macam mudah....tak perlu nak pukul bagai. Saya pun nak cepat semalam. Ada rewang utk sediakan tauhu sumbat sempena majlis ilmu. 

Kek ni saya buat dua adunan. Satu adunan saya sediakan manakala adunan kedua saya suruh anak yg kedua buat. Saya guna pisang abu aka nipah yang dibawa dari kampung minggu lepas. Dah masak sangat....sebelum rosak baik dibuat sesuatu.

Memang tepat piihan resepi....anak umur 10 tahun pun boleh buat ikut tatacara mudah penyediaannya. Tak percaya..cuba la...resepi kat bawah....


Kek pisang mudah

BAHAN-BAHANNYA :-)

200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

No comments:

Post a Comment