Pages

Friday, February 3, 2017

Char Kuay Tiaw


Sesekali melayan permintaan khas family.....Nak makan char kuay tiaw. Anak2, kalau ummi pumya char kuay tiaw yang boleh tahan pedasnya ni pun diorg boleh makan sampai licin....sedap sangat katanya. Yang kecik pun boleh makan habis sepinggan, yang sulung apatah lagi....siap nak pow orang sebelah punya lagi. Biasanya saya buatkan lebih untuk dia.

Masak char kuay tiaw nikan satu2.....ummi punya turn macam biasa last....anak2 dan hubby dah sendawa, barulah ummi nak merasa.....tapi tak pe...happy sangat family suka iar tangan ummi terutamanya yang satu ini. Untuk memudahkan penyediaan yang permintaannya tak tentu masa tu, saya sediakan pes dia banyak2. Jadi any time mau....plinggggg....dah siap.


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya
200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi. INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kembang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......
~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

resepi pes char kuay tiaw ZLC klik dilink ini.

*****hampas kepala dan kulit udang yang dikisar tu jangan buang, saya jadikan baja pokok.....saya korek lubang dalam pasu2 pokok tu saya masukkan hampas ni supaya tak di kerjakan dek kucing atau binatang lain. Pokok2 jadi subur sangat.



No comments:

Post a Comment