ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Wednesday, January 11, 2017
Onde-onde Keledek
Cerita hujung minggu. Saya memang suka kuih2 melayu. Kebanyakannya mudah disediakan dan sedap pulak tu. Kebetulan ada stok keledek dan kelapa parut jadi merajinkan diri buat kuih nih....onde2 atau buah melaka keledek....pewarna asli yg menarik.
Onde-onde aka buah melaka aka klepon keledek
@ Zulfaza Loves Cooking
Cara2
3 ketul keledek direbus, kupas kulit dan lenyek.
Satu paket tepung pulut
Air secukupnya
Gula kabung/ gula melaka potong kecil
Kelapa parut digaul sedikit garam
Air untuk merebus
-----
Satukan keledek lenyek dan tepung. Uli sebati hingga jadi doh. Tambah sedikit air jika perlu.
Ambil sedikit doh dah masukkan gula melaka. Bulat2 kan dan masukkan ke dalam air mendidih.
Masak hingga onde2 timbul.
Angkat dan gaulkan ke dalam kelapa parut...
Dah siap...senang jer kan.
No comments:
Post a Comment