Pages

Thursday, January 12, 2017

Kuay Tiau Goreng

Goreng mee gemok (gelaran yg diberi oleh anak sulung masa darjah satu dulu sebab tak tahu nama sebenarnya) jer pagi ni. Simple2 ajer...untuk sarapan dan bekal waktu rehat. Cukup untuk rasa kenyang sampai tengahari nanti.


Kuay tiaw goreng 
 @ ZLC

2 paket kuay tiaw (~ 800gm)
*6 ulas bawang merah
*6 ulas bawang putih
10 biji cili kering rebus lembut (kisar)
4 sb sos tiram
2 sb cuka masakan (jika suka)
10 sb kicap
Garam secukup rasa

Sawi/karot/kobis/taugeh - sayuran pilihan ikut citarasa

Perencah pilihan

Udang
Sotong
Hirisan daging/ayam
Fish cake/ball
Tauhu - goreng dan potong kecil
Telur - goreng hancur

Kisar/tumbuk  hingga hancur *. Tumis hingga naik bau. Kemudiaan masukkan cili kisar dan  tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kicap. Tumis lagi hingga sebati. Kalau guna ayam atau daging boleh masukkan dulu dan masakkan hingga empuk. Kemudian masukkan perencah yang lain2 tu, kacau sebati dan masukkan kuay tiaw. 









Kacau  hingga sebati dengan sambal lebih kurang 5 minit. Rasa, cukup masinnya. Kalau belum tambah garam secukup rasa. Masukkan sayuran kecuali taugeh. Masak hingga sayur layu. Kalau taugeh masukkan, gaul rata dan terus tutup api) Pindahkan ke dlm mangkuk.


No comments:

Post a Comment