ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Wednesday, January 11, 2017
Kek Nangka
Musim nangka madu....otw balik hantar anak tuisyen hari pertama persekolahan nampak ada penjual nangka kat tepi jalan. Memula tu beli 4 pack, dalam kereta anak2 dah habiskan. Tak sempat sampai rumah dah hampir settle 4 pack tu. Jadi otw balik selepas habis tuisyen saya minta hubby berhenti sekali lagi....kali ni beli separuh biji terus....berat hampir 5 kg.....hahhaha.
Jadi dapat la ummi buat sedikit kuih nagasari dan bakinya ummi buat kek ni... Kek ni sempat la kengkawan opis rasa....siap ada yg nak oder lagi...ermmmm sedap la tukan....hihihi.
Kek Nangka
@ Zulfaza Loves Cooking
Bahan2nya
6 biji teur (B)
200 gm tepung gandum (saya guna tepung superfine-kek lebih halus)
200 gm nangka - potong kiub
130 gm kelapa parut
225 gm mentega
140 gm gula perang
1/2 sb baking powder
1 sb susu pekat manis
CARANYA
1. MENTEGA DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG, MENJADI PUTIH DAN BERKRIM.
2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU SAMBIL DIPUKUL LAGI HINGGA KEMBANG.
3. MASUKKAN KELAPA PARUT, NANGKA DAN SUSU PEKAT MANIS. GAUL DENGAN SPATULA HINGGA RATA.
4. MASUKKAN TEPUNG SIKIT DEMI SEDIKIT. KAUP BALIK HINGGA RATA DAN SEBATI.
5. ALAS & GRIS LOYANG DGN MENTEGA TUANGKAN ADUNAN DLM LOYANG DAN BAKAR DALAM OVEN YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU DGN SUHU IKUT KEPANASAN OVEN MASING-MASING
No comments:
Post a Comment