ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Thursday, December 8, 2016
SUP KEPALA IKAN ABANG SADO
Menu istimewa, air tangan hubby untuk bondanya yang tercinta. Sejak beberapa tahun ni rasanya tak pernah miss hubby masakkan sup kepala ikan untuk MIL. Tambahan pulak bila MIL tak sihat, masakan hubby ni memang membuka selera dia. Banyak dia makan.
Sup kepala ikan, biasanya hubby guna ikan jenahak....isinya lembut dan lebih sedap berbanding ikan merah. Saya suka kalau sup ni dihidangkan dengn sambal kicap. Biasanya kalau masak untuk kami anak beranak makan, letak la cili padi skit atau lada hitam/putih. Tapi untuk MIL yang ada ulser hubby tak letak bahan2 tu.....
Resepi sup kepala ikan abang sado
Kepala ikan dan beberapa keping isi ikan (boleh guna ikan jenahak, merah, senohong, ikan tauhu....)
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayur pilihan
karot
bunga kobis
tomato
Cendawan
daun sup
daun bawang
Tumis bawang2, halia dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, biarkan air mendidih seketika. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato dan daun sup/bawang. Masak hingga sayur empuk dan ikan masak sepenuhnya.
Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan tomato dan daun sup. Biarkan seminit. Tutup api dan pindahkan periuk dari dapur. (Kalau guna daun sup dalam masakan untuk memastikan masakan tahan dan lambat basi, pastikan daun sup/bawang dimasak seketika).
No comments:
Post a Comment