Pages

Sunday, December 4, 2016

Dutch mini pancakes (poffertjes)


Minum pagi, selepas masak nasi goreng untuk sarapan tadi saya bancuh pulak pankek mini ni. Kena perap sejam, jadi sempat la masak untuk minum pagi.

Bila ramai2, seronok masak macam2.


Dutch mini pancakes (poffertjes)
Poffertjes (pronounced “pufferchess”)

Bahan2nya

250 gm tepung gandum
2 sb gula
350 ml susu
Sedikit garam
7 gm yis kering
1 biji telur

Mentega
Gula ising secukupnya

Cara2nya

Panaskan susu sehingga suam2 kuku. Masukkan gula dan yis, Kacau rata. Biarkan selama 5 - 10 minit hingga berbuih.

Masukkan tepung dan.garam.ke dalam mangkuk. Tuangkan adunan yis perlahan2 sambil kacau rata menggunakan whisk. Masukkan telur dan kacau lagi hingga adunan betul2 sebati.

Tutup mangkuk dan.biarkan selama lebih kurang sejam atau sehingga adunan naik dua kali ganda.

Masukkan adunan Dutch mini pancakes (poffertjes) ke dalam piping bag tanpa nozel (saya guna sudu jer). Panaskan poffertjespan. Kalau takde boleh tuang atas pan nonstick. (Saya guna acuan bulat sama macam poffertjespan tu, tapi tujuan asal beli utk buat Thai Coconut Rice Pancakes or Khanom Krok).

Tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan tuang terlalu penuh sebab nanti adunan akan melimpah.
Terbalikkan adunan setelah permukaan bawahnya keperangan dan masak permukaan yang satu lagi hingga perang. Angkat dan susun di dalam pinggan. Taburkan gula ising. Hidangkan suam dengan mentega, jem, madu atau mapple syrup.


No comments:

Post a Comment