ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, November 19, 2016
Kuih Bom Keledek
Kuih traditional juga nih. Tapi asalketurunannya saya tak pasti. Kat kampung dulu femes la.....yg daripada tepung pulut tu bila dah duduk kat selangor ni baru kenal dan rasa.
Kuih ni pun saya buat frozen. Mudah pagi2 tinggal nak goreng jer.
KUIH BOM KELEDEK
Bahan kulit:
1 kg keledek/kentang ~ saya potong dan kukus hingga empuk - boleh juga rebus
1 cawan tepung gandum
gula (kalau guna kentang) dan garam secukupnya
Inti kelapa secukupnya
Caranya:
1. Kentang (boleh ganti dengan keledek ) yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan gula secukup rasa dan lenyek hingga halus.
2. Dah suam, tambahkan tepung. Uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti. Tutup inti dan bulatkan. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
UNTUK INTINYA:
1/2 biji kelapa parut
120 gm gula
120 gm gula merah
1 helai daun pandan
Sedikit air
1 sk penuh tepung jagng + 2 sb air
CARA MEMASAK:
1. Untuk intinya, masak ke semua kecuali tepung bahan inti hingga pekat. Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air. Gaul rata. Dn.masak hingga inti berkilat.
No comments:
Post a Comment