ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Wednesday, November 16, 2016
KUIH BELOTOK
Kuih apa tu???? Belotok???? Tak pernah dengar pun....ermmmmmm. Saya sendiri pun masa jumpa kat tenet tu memang baru pertama kali dengar. Tu yang excited sangat nak cuba....weekend lepas ajak hubby pegi pasar sebab nak mencari bahan2 untuk buat kuih ni.
Ikut kata UDA, sumber resepi ni saya ni, kuih ni merupakan kuih traditional negeri kedah. Kuih ni iras2 kuih Cek Mek Molek, kuih traditional kelantan tu....cuma intinya daging cincang...dan katanya lagi sebelom digoreng kuih ni di salut dengan putih telur dulu. Tapi saya tak buat step ni.
Sedap ker????? Nak tahu cuba la, resepi kat bawah tu saya cnp dari blog UDA yang diambil dari sumber asal Buku Resepi. Pada saya kuih ni sedap tau.....must try.....
KUIH BELOTOK
Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk (saya potong dan kukus hingga empuk)
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
1 biji telur (ambil putinya sahaja) - ZLC omit
Caranya:
1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam. (***Cara ZLC: Keledek yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan lenyek hingga halus)
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan inti, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih, celup dalam putih telur dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan. (Saya tak celup putih telur, terus goreng jer)
5. Sedap dimakan panas2.
Bahan inti:
250gm daging cincang ~ saya rebus dulu
1 st jintan manis ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
1 st lada hitam ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
2 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawamg merah ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2sb rempah kari daging ~ kalau nak pedas lagi boleh lebihkan
sedikit daun sup ~ dipotong
garam dan gula secukupnya
** jika suka, boleh tambah lada merah yg dihiris, kentang / carrot
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan lada hitam, gaul sebati.
3. Masukkan daging cincang, daun sup, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga rata dan cukup rasa semuanya.
4. Padamkan api dan sejukkan inti sebelum digunakan.
No comments:
Post a Comment