Pages

Wednesday, November 16, 2016

Ayam masak serai


Saya tengah kaya serai kat umah ni. Haritu masa gotong royong ratakan tanah di surau, hubby and the geng mencabut dua rumpun serai yang dah tua. Masing2 bawa balik serai yang agak banyak. Tu yang saya menggoogle resepi2 yang menggunakan serai yang banyak.

Resepi ayam masak serai ni saya jumpa masa singgah kat blog azie kitchen. Saya olah sedikit ikut citarasa.

Saya masak subuh tadi sebelum ke pejabat. Tak sempat nak keringkan betul2 macam kehendak resepi sebab dah kesuntukan masa untuk ke pejabat. Tapi rasanya masih tak mengecewakan. Anak2 saya makan sampai berulang2 kali katanya. Asal rancangannya nak hidangkan dengan nasi serai tapi nasi putih yg dimasak malam tadi banyak lagi. Jadi hidangkan dengan nasi putih jer la....pun sodap.


Resepi Ayam Masak Serai

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor (saya guna air asam jawa)
Garam dan gula secukup rasa
Kunyit

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus



Cara Memasak:

1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Angkat ayam dan toskan minyaknya.

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.


No comments:

Post a Comment