Pages

Monday, October 3, 2016

Nasi goreng belacan


Menu ringkas saja untuk sarapan pagi. Nasi goreng belacan dengan susu Dutch Lady Farm Fresh. Cukup mengenyangkan dan memberi tenaga untuk anak2 kekal cergas dan cerdas.

Susu Dutch Lady ni bukan sahaja minuman yang sedap, lemak berkrim tapi berkhasiat. Membekalkan kalsium dan membantu proses tumbesaran yang sempurna, Insya Allah.


Nasi goreng belacan @ ZLC

1 mangkuk nasi sejuk
1 pokok baby kailan - hiris
1 batang lobak merah - potong kiub
3 sb sambal belacan (tumbuk cili masak/padi, belacan, garam dan gula hingga lumat - perahkan sedikit limau- gaul rata)
6 ulas bawang merah - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - timbuk halus
1/4 cawan ikan bilis halus - goreng garing
2 biji telur - goreng hancur (optional)

Gunakan minyak gorengan bilis. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau. Masukkan sambal belacan. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan nasi dan lobak merah. Gaul sebati dan gorengkan seketika. Masukkan kailan dan.gaul rata. Gorengkan hingga kailan layu. Tutup api dan taburkan bilis dan telur. Gaul rata. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment