ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, October 29, 2016
Daging (kambing) masak hitam
Masak hitam kegemaran family saya. Masakan manis, pedas, masin secukup rasa ni memang sedap. Sesuai dimakan dengan nasi minyak, nasi putih pun sodap....atau pekena dengan roti benggali...atau roti arab pun lazattttt...
Nak buatnya tak la susah mana. bahan2nya pun mana2 pun ada. Biasanya masak ni guna daging lembu, tapi sesekali tukar selera masak guna daging kambing....bahagian lemak2 dia tu yang dah meresap dengan rempah ratus memang sukar di tolak. Saya suka guna bahagian kambing yang bertulang....berbanding isi semata2. air2 tulang tu menambahkan kelazatan masakan ni. Tak percaya...moh kita cuba yong....
Daging masak hitam ZLC
1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia
Hiris separuh dan kisar separuh
1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis
Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.
Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat bawah ni...
Resepi Rempah Hitam @ KKPBT
Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar biji jintan manis
1 sudu besar biji jintan putih
1/2 cawan lada kering
Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus
No comments:
Post a Comment