Pages

Tuesday, September 6, 2016

Restoran dalam hutan, sajikan masakan istimewa terutamanya kepada peminat ikan patin


Entry kali ni akak nak review pasal satu restoran yang duduknya terceruk dalam hutan....macam seram jerkan...hehehe. Tapi memang serius akak bagitau, restoran ni memang jauh dari kawasan perumahan dan kediaman manusia. Akak aritu kalau bukan yang bawaknya pegawai polis, ya ampunnnnn akak tak percaya nak follow belakang keta dia tau😨😱😟. Rasa macam dia saja2 bawak masuk hutan pastu nak rompak kitorang jer gayanya....hahaha. 


Simpang nak masuk kawasan ke restoran tu jalan tanah merah jer...masa tu cuaca panas, berdebu, habis keta kitrang melekat dengan debu merah....aishhhhhh. Dasyat betul tempat ni. Pastu lagi, bukan setakat berdebu, jalannya pun tak berapa nak rata dan agak sempit pulak tu. Akak bayangkan jugak la camna la keadaannya kalau musim hujankan....berlecak la pulak. Kalau bawak bigfoot ok sangat.

Bila sampai jer restoran tu setelah melalui kebun getah, kebun sayur, ladang sawit, hutan apa entah....seberang jambatan lagi baru la akak rasa lega.... Tapi penilaian pertama yang akak buat...."restoran apa ni....buruk jer....macam tak best jer....punya jauh pegi lalu hutan bagai, tempat camni jer dia nak bawak kitorang makan....ermmmmmm....nasib baik perut dah kenyang pulun durian segamat dua tiga biji tadi.....kalau tak kebulur la jawabnya.....(tapi akak bermonolog dalam hati jer tau.....al maklumla, akak ni kan sopan santun dan berbudi bahasa....orang belanja takkan la nak komplen macam2 pulak).




Kitrang pun ambil la tempat di meja yg telah dibooking dua hari lebih awal. Duduk jer ipar bagitau air bancuh dan ambil sendiri. Boleh pilih air mana nak, dan berapa banyak nak minum. Wahhhhh....itu sudah bagus. Hati akak dah mula tertarik dengan tempat makan ni. Persepsi sudah tukar la. Tak lama lepas tu makanan sampai lagi la akak jadi teruja...tengok jer dah menyelerakan.😍😍😍😍😍. Rugi2....akak masa tu agak kekenyangan sebab baru lepas belasah durian dua tiga biji...durian segamat yg bijinya tipis tu....makan memang takde kontrol2 ayu masa tu.

Tapi dalam kenyang2 pun akak makan juga dan kena juga rasa semua makanan yang terhidang. Kalau tidak menyesal pulak...terkenang2 jer sampai balik shah alam.

Harga?????? Kalau tengok hidangannya macam mahal sangat jerkan....satu set hidangan...ikan, udang, sotong, itik dan minum cuma RM160 plus2 jer (plus2 tu sebab ada menu tambahan yang akak tak pasti mana satu....almaklumla orang yang bayarkan)....satu set boleh makan 4 - 6 orang dewasa. Yang terhidang ni dua set hidangan. 


Pucuk paku tumis, satu2nya jenis sayur yang dihidangkan direstoran tu....pucuk paku ni katanya didatangkan khas dari Pahang. Masa akak kat situ nampak dua tiga orang pekerja tengah menyiang berguni2 pucuk paku untuk hidangan pelanggan malam tu....punya la banyak dan segar2 lagi.

Ikan patin kukus....dia letak taucu dalam kuahnya tu...sedap banget....
Pais Ikan patin....signature dish kedai ni.....sedap...fresh sgt ikannya dan yang suka sangat sebab takde rasa lumpur....

Punya la fresh udang galah ni...besar pulak tu.....memang puas sangat dapat makan udang galah sebesar dan.sesegar ni....
Ikan patin goreng rangup....first time jumpa...sedap la sesangat tau....dia bagi sos pencicah black pepper....perghhhh....tak sedar habis sepinggan.

Rendang itik yang super sedap....daging itik tu lembut pulak...

Kitorang pegi dua family...tapi lauknya penuh meja tu...gambar akak takde sebab biasala kan....cameraman...cuma dapat masukkan gambar handbag jer...

Masing-masing tak tunggu pelawa dua kali dah....sampai je makanan terus tangan laju menceduk dan menyuap.

Ni sangkar ikan patin dan udang galah jugak kot yang terletak kat sebelah dapur dia jer. Jadi kesimpulannya ikan tu memang fresh sengsangat. Memang takde bau lumpur. Nampak tak ada tangga turun ke bawah tu....tebing ni agak tinggi jadi kalau bawak anak2 tu hati2 jangan bagi diorg pegi main kat tepi tu tau.... Anak2 akak tak sempat nak main sebab seronok sangat mengerjakan air kotak, air gas yang free flow tu.....sekejap2 pegi bukak peti ais...silih berganti air diorg minum sampai kembung perut ngan air jer....sabo jer la anak oiii......mentang2 la ummi dia ni sopan tak sound langsung diorang belasah air2 tu.....biasanya minuman tu minuman larangan....ni depan orang kita jegilkan mata pun diorg buat derkkkk jer.
Ni pemandangan kat tepi restoran...sungai muar yang luas terbentang.
Restorannya luas, berlantaikan tanah jer....memang sempoi. Takde susah hati dia nak taruk marmar mahal2, kerusi meja lawa2, hiasan, aircond bagai.....ramai jer orang datang dan datang lagi sebab harga dan masakannya sedap kemain.
Kaunter bancuh air dan amik air. Sindri mau minum, sindri kasi bancuh. Nak minum berapa banyak pun terpulang....dah termasuk harga pakage. Airnya pulak dari yang panas sampai la ke sejuk...air dalam tin ada, air kotak ada. Perbagai minuman 3 in 1 juga disediakan....

Nampak tak bangunan kecil tu, kat situ la surau ditempatkan....yer la...makan2 jugak...masuk waktu solat kena tunaikan.
Depan bangunan ni pulak ada la jualan tshirt lanun johor ke apa...lupa lak akak. Boleh la beli sebagai cenderamata.

Akak promote tempat ni free jer...sebab akak suka dan sangat2 puas hati dengan makanan dan harga yang ditawarkan. Ikutkan tokey ni, dia tak mau promote lebih2...takut ramai sangat orang datang nanti tak terlayan...sampaikan nak datang sini dia tak letak sebarang tanda arah pun....kalau orang tak tau memang boleh sesat barat jadinya. Ada yang request suruh dia pindah ke kawasan bandar atau tempat yang lebih mudah orang nak cari pun dia tak mau.....sabo jer lakan. Tapi akak tak peduli...akak nak juga orang lain merasa makanan yang lazat lagi menyelerakan ni reramai...walau sekarang ni pun meja dia penuh jer.

Sekarang dah ada waze, google map, gps bagai...korang guna jer kemudahan tu...taip jer ikan patin durian chondong atau noordan restoran tepi sungai kg durian chondong atau kedai noordan restoran ikan pais tepi sungai muar.

Restoran ni mula bukak pukul 6 petang sampai malam. Kalau nak makanan cepat sampai, kena booking lebih awal...setkan hari dan masa nak sampai. Macam kitorang aritu dah set nak makan dalam pukul 6.30 pm. Sampai jer....bancuh2 air, tak lama lepas tu semua yang dioder dah terhidang atas meja.

Masa update post ni dah seminggu lebih berlalu....ni dah terasa nak ke situ lagi....hahaha. Nasib la ko jauh....kalau tidak selalu la akak terjah. Tapi lain kali pegi akak nak kosongkan perut....takmo makan dua tiga hari sebelum supaya nikmatnya boleh terasa sampai ke ulu hati.....πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.

Tu biz card dia....
Tak jelas yer....takpe..
Kalau yang kat atas tu gambarnya tak cukup jelas......ni ha, akak bagi yg clear.....jelas lagi bersuluh gitu...
Apsal tetiba ada gambar ni..... Ini la land mark penting nak ke restoran tu. Balai polis Bukit Kepong...tempat bersejarah....peristiwa bukit kepong yang pernah difilemkan tu. Balai polis asal dah takde....dah dibina bangunan balai yang baru.

Kalau dari segamat, simpang masuk ada sign board jalan muar - labis.....simpang bertentangan dengan perkuburan cina sebelum balai polis ni....simpang belah kanan. Lalu jambatan yang boleh nampak balai tu kat tepi Sungai Muar.


No comments:

Post a Comment