Pages

Friday, September 9, 2016

Lompang pandan, kuih traditional harum mewangi


Melompang malam2 selepas dapat serumpun besar pokok pandan. Jiran trim pokok dan offer dalam group. Cepat2 saya angkat tangan. Tak lama lepas tu doorbell bunyi. Jiran tu siap hantar ke rumah lagi....jazakillahu khair....tq shariman.. Alhamdulillah.

Dapat la buat macam2....bukan sikit tau dia hantar... sedap dapat makan masakan yg guna pandan asli sebagai perisa dan pewarna. Sihat...selamat.

Stok kelapa parut takde, dah malam nak mencari pun malas....jadi makan jer la tanpa kelapa parut. Macam ni pun anak2 kata sedap sangat. Dua batch yang pertama jer habis dimakan malam tu jugak.

KUIH LOMPANG @ ZLC

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sago (saya guna tepung ubi))
1 cawan gula pasir
4 cawan Air ~ 2 cawan kisar dengan daun pandan, tapis dan 2 cawan lagi di masak bersama gula
Daun Pandan ~ di simpul
Acuan secukupnya
Kelapa parut putih sahaja
secubit garam

Panaskan kukusan
Masak 2 cawan air bersama gula dan daun pandan hingga gula larut
Dalam bekas lain satukan tepung beras dan tepung sago/ubi
Campurkan dengan 2 cawan air lagi dan kacau rata
Tuangkan adunan air gula ke dalam adunan tepung
Kacau rata dan kemudian di tapis
Adunan ini akan menjadi adunan yang terlalu cair
Kacau rata

Acuan di oleskan dengan minyak jagung atau minyak masak
Susun dalam kukusan
Tuangkan adunan dalam bekas acuan
* tuang adunan 3/4 acuan sahaja, jika lebih lekuknya atau lubangnya nanti tidak berapa jelas
Tutup kukus dan kukus selama 15 minit
* tutup kukusan boleh balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan
Kuih lompang di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam


No comments:

Post a Comment