Pages

Wednesday, August 17, 2016

Tips memasak nasi menggunakan beras basmathi


As salam dan selamat pagi semua. Biasanya saya kongsi resepi masakan, tapi disebabkan hari ni belum masak apa-apa lagi takde la resepi yang nak dikongsi. Tangan pulak gatal nak menaip sesuatu kat blog ni....😁😁😁.

Apa kata kali ni saya kongsi satu tips....yang selalu sangat orang tanya bila nak memasak nasi menggunakan basmathi. Bila diorang tengok nasi yang saya sediakan soalannya lebih kurang..."apsal saya masak guna beras ni nasi dia tak panjang dan berderai camni erk.....apsal bla bla bla...apsal gitu...apsal gini....." Lenguh jugak la rahang saya bercerita dan kadang kala kena menaip kat wasap bila dapat soalan2 tu.

Nak mudahkan saya menjawab, elok saya buat dalam bentuk post kat blog ni....nanti org tanya saya bagi link ni ajer....

Saya belajar masak guna basmathi ni pun dari pengalaman memasaknya beratus2 kali....beratus2 (ke ribu2 kg dah😀) kg beras....dan hasil perkongsian dan bacaan tentang petua dan kaedah nak masak menggunakan beras ni untuk dapatkan hasil nasi yg lembut, berderai dan tak patah. Sekali masak berkilo2...dan.biasanya saya masak atas dapur sbb takde periuk letrik yang cukup besar utk masak nasi2 ni.

Untuk perbagai menu nasi berperisa yang saya masak, saya suka menggunakan beras basmathi jenis pusa 1121. Bukan apa, ikut pengalaman beras ni tahan lasak...tak mudah patah riuk bila dikacau....harga pun ok la. Tapi guna jenis lain pun boleh aje....janji baca dan ikut tips yang saya kongsikan kat bawah ni yer... (Jangan kata akak tak payung...😁😁😁😁)



PANDUAN MEMASAK NASI MENGGUNAKAN BERAS BASMATHI

Cara menyediakan beras
Kalau nak nasi yang cantik dan memanjang pada kadar yang maksimum, beras basmati ni memang kena rendam dulu. Kalau tak rendam nanti hasilnya nasi tak cukup lembut dan keras bila dah sejuk serta tak sepanjang yang dilihat didalam iklan produk.

1. Basuh beras hingga bersih.
2. Rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20 - 30 minit. (Merendam beras dengan garam ikut sumber dari timur tengah menghasilkan nasi yang lembut dan berderai). Selepas 20 - 30 minit, toskan airnya hingga kering.



Sukatan beras:air/cecair

Memasak menggunakan basmathi ni perlu disukat betul2 ratio beras kepada air/cecair yang digunakan. Tak boleh main agak2 jer. Kalau terkurang air nasi akan jadi keras terutamanya setelah sejuk dan kalau terlebih nasi akan jadi lembik...tak berderai.

3. Saya gunakan ratio 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan. Ratio ni saya gunakan untuk masak beras jenis pusa, kashmir dan moghul. Kalau nak lebihkan airnya pun pastikan rationya tak lebih dari 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air.

Nasi ni saya masak guna beras basmathi kashmir jer....

Cara memasak

Kebiasaannya ada beberapa cara memasak nasi. Antaranya, tumis dulu beras kemudiaan masukkan air/cecair  @ didihkan dulu air/cecair sebelum masukkan beras @ rebus beras dengan air yang banyak hingga separuh atau 3/4  masak sebelum toskan dan teruskan dengan proses memasak seterusnya.

5.  Sekiranya menggunakan kaedah menumis dahulu beras, pastikan cecair yang dimasukkan berada pada suhu didih atau cukup panas untuk mengelakkan beras terendam lama dan menjadi  lembik dan mudah patah.

6. Kaedah lain, air/cecair dididihkan terlebih dahulu mengikut sukatan. Setelah mendidih, tuangkan beras yang telah direndam  dan ditos.

7. Ada sesetangah jenis menu yang memerlukan kita mendidihkan air dalam kuantiti yang banyak ( tanpa sukatan tertentu ) dah rebus beras yang telah direndam hingga separuh atau 3/4 masak. Tos jangan terlalu kering atau tos kering dan renjiskan dengan susu atau santan (ikut keperluan resepi) masakkan kembali hingga nasi masak sepenuhnya. Sedikit cecair yang digunakan akan menghasilkan wap, yang akan membantu nasi masak sempurna selain mengelakkan nasi hangus dalam proses seterusnya.


Panduan semasa memasak

8. Pastikan mengacau beras yang sedang dimasak hanya apabila cecairnya masih banyak. Apabila cecairnya telah mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.

9. Sekiranya memasak menggunakan api pastikan api dapur dikecilkan setelah cecair kering dan periuk ditutup rapat untul mengelakkan wap keluar.

10. Biarkan nasi yang telah masak selama 5 - 10 minit sebelum membuka tudung periuk dan mengareh/mengacau nasi. Kareh ketika nasi masih panas, sekiranya telah sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat jadi takde la nasi tu nampak berderai sebutir2.

11. Kareh nasi dari tepi periuk dan angkat ketengah, perlahan2...sopan santun kaedahnya. Sebab.kalau kita buat kelam kabut kasar2 nasi yang lembut tu akan mudah patah. Kalau ada sudip macam garpu besar tu lagi bagus.



*****

Panduan tambahan

* kalau nak letak pewarna, nak nampak warnanya cantik, titiskan pewarna apabila nasi dah mengering, dan biarkan jangan kacau lagi hingga dia masak sepenuhnya. Kalau nak guna dua tiga pewarna berbeza pastikan jarakkan antara satu warna dengan yang lain.

* minyak tak termasuk dalam jumlah cecair yang digunakan untuk masak nasi.

* Jangan over kacau masa masak guna basmathi ni terutama bila cecairnya dah kering. Nanti habis patah riuk beras tu.

* Gunakan penyukat yang sama untuk menyukat beras dan air/cecair.

* Kalau masak atas dapur, gunakan api yang besar masa airnya tengah banyak supaya beras tu tak la lama sangat berenang dalam air tu dan nasinya jadi lembik dan terlebih kembang. Bila air dah kering baru la kecilkan apinya.



No comments:

Post a Comment