Pages

Sunday, June 5, 2016

REZ ASFAR MA' JAJ/DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)




Resepi lydia honey sekali lagi menjadi pilihan menu istimewa majlis tahlil dan doa selamat yg kami buat sempena ramadhan tahun ni. Memang pilihan tepat. Walau pun tak sempat nak ambil gambar yg sempurna untuk dikongsikan di sini tapi sangat2 bersyukur tetamu berpuashati dengan rasanya. Saya sendiri langsung tak menjamah hidangan yang di masak.....tak sempat.....😄😄😄😄.

Selepas tetamu balik saya dah kepenatan....jadinya sampai kesudah tak menjamah makanan yang dimasak. Ayam tu katanya memang sedap...Alhamdulillah....terima kasih Allah kerana menggerakkan hati utk pilih resepi ni....


Ni saya share antara komen tetamu yang menikmati hidangan malam tadi.

REZ ASFAR MA' JAJ/DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)

8 cawan beras basmati
8 sb minyak masak + 6 sb minyak sapi**
2 ekor ayam- potong ikut suka dan dibersihkan*
4 helai daun bay*
2 labu bawang besar - belah 4*
4 ulas bawang putih - belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 sk lada hitam biji*
5-6 biji buah pelaga*
1 inci halia - diketuk sikit*
1 sk all spices* (saya guna arabic mix spices)
Garam secukup rasa*
Air untuk merebus ayam*
#sedikit pewarna kuning

Bahan tabur:-

Kismis - di goreng hingga keemasan
Pine nut/ almond- saya tak letak sbb tak sempat nak goreng
Bawang goreng
Sedikit hirisan daun ketumbar

Bersihkan beras, rendam dalam air yg telah dicampurkan dengan garam yang banyak (11/2 cmb+-) selama 20-30 minit dan toskan.

Dalam periuk masukkan semua bahan *, garam secukupnya (saya tambah) dan rebus sehingga ayam masak, lebih kurang 20 minit.

Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dari periuk dan asingkan ayam serta stock/sup
Tapiskan air rebusan ayam tadi.

Dalam periuk lain,  panaskan bahan **  dan goreng beras kira 2-3 minit hingga transparent dan masukkan air rebusan ayam yang panas, anggaran 11+- cawan air+ air rebusan tadi (ikut jenis beras juga ok).

Dengan menggunakan api yang besar biarkan nasi mengelegak,  masukkan garam secukup rasa.
Bila mendidih, kacau sedikit dan tutup periuk rapat periuk tadi. Biarkan sehinggan hampir kering dan perlahankan api.

Masukkan sedikit pewarna kuning di lubang- lubang air pada beras, tutup periuk dan biarkan hingga kering air sepenuhnya dalam 10 minit.
Bila nasi masak offkan api, biarkan seketika dalam 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.

Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan yang besar. Hiaskan dengan ayam yang telah dibakar  dan taburkan bahan tabur/hiasan. Sedia untuk dihidangkan dengan salad dan salsa kegemaran anda.

Note:- Sementara menunggu nasi anda boleh bakar/grill ayam dalam oven



Ayam bakar/Grill

1/4  cawan minyak zaitun
1/4  cawan  kicap pekat (saya guna kicap pekat manis)
1/4  cawan sos BBQ - (tambah kasi bau smokey sikit)
1/4  cawan  tomato paste (saya guna puri tomato segar)
1 sk lada hitam serbuk
1/4 sk arabic mix spices

Campur kesemua bahan hingga sebati dan lumurkan pada ayam.
Susun ayam atas tray/dulang pembakar.
Bakar/grill menggunakkan api atas bawah hingga golden


No comments:

Post a Comment