ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Monday, June 27, 2016
Iftar 21 : Nasi goreng cili merah
Semalam takde postemu iftar 20 sebab saya tak masak di rumah...tolong rewang...kupas2, masakkan nasi dan berbuka kat surau. Sampai sahur pun tak masak juga...panaskan lauk tapau dari surau jer. Nasi pun punya la banyak bawa balik sebab dah last2 tu takde sapa yang nak ambil. Nak clearkan periuk untuk dibasuh.
Hari ni hubby dan boboi ada jemputan berbuka, nak masak macam2 malas pulak. Lagi pun nasi iftar di surau semalam banyak lagi. Jadi saya masak nasi goreng dan telur mata jer untuk kami berbuka. Simple2 jer malam ni. Anak2 pun tak kisah.
Tak tau nak panggil apa nasi goreng ni... memandangkan saya guna cili merah untuk bumbunya jadi saya gelar nasi goreng cili merah jer la...
Nasi goreng cili merah
2 mangkuk nasi sejuk
2 bahagian dada ayam - gaul garam dan kunyit - goreng, hiris nipis
Kacang panjang dan kobis hiris
Kicap masin secukup rasa
Mentega untuk menumis
Tumbuk
4 biji cili masak (nak pedas boleh tambah cili padi merah)
8 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan keperangan. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan nasi. Gaul rata dan gorengkan selama 3 minit. Kacau selalu. Masukkan kicap dan sayuran. Gaul rata dan gorengkan hingga sayuran empuk dan nasi sebati dengan semua bahan selama lebih kurang 7 minit.
No comments:
Post a Comment