Pages

Thursday, May 5, 2016

Bubur lambuk hubbyku sayang

 Ni pun cerita ahad lepas, baru sempat nak update.......menu sarapan pagi. Teringin makan bubur lambuk. Dah lama tak makan especially yang hubby masak.  Jadi request hubby masakkan.

Bubur lambuk hubbyku sayang @ ZLC

2 cawan beras

1/4 ekor ayam (dan bhgn tulang ayam kalau ada)
Rebus empuk - carik isinya dan air rebusan guna utk masak nasi

2 cawan sayur campur
2 batang celery (kalau ada)
2 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sk lada hitam tumbuk
1 sb serbuk rempah briani
minyak untuk menumis
Air  & santan pekat secukupnya
garam secukup rasa

daun sup
daun bawang
bawang goreng


Rebus tulang dan ayam hingga ayam empuk......buang tulangnya.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan rempah tumis dan rempah beriani. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan air + air rebusan ayam tadi, kemudian masukkan beras.

Rebus hingga beras kembang menjadi bubur. Masukkan santan, isi ayam, sayur campur dan batang celery. Kemudian perisakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan mendidih dan sayur empuk. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata seketika hingga daun layu (supaya tak cepat basi daun sup dan bawang kena masak betul2 kalau nak masukkan sekali dalam bubur macam nih. Kalau suka boleh masukkan bawang goreng jugak...

No comments:

Post a Comment