Pages

Wednesday, May 11, 2016

Kuih Seri Bulan..or dikenali jugak dengan nama Kuih Tangkup or Kuih Apam Perlis.....karipap apam pun ada org panggil....apam puri pun yer....apa pun namanya yg pasti sedap...


Menu sarapan pagi ni agak ringkas. Saya cuma sediakan Apam ni sahaja. Saya ubah suai resepi kulit apam Ibu Zai yang dikongsi di group masak apa hari ni (MAHN). Saya guna air pandan sebagai pewarna alami. Lebihan air pandan tu rasa sayang nak buang jadi intinya pun saya gunakan air pandan tu. Harum semerbak bau pandan dari dapur saya subuh2 ni. Inti apam sua ni boleh juga diperbagaikan dengan meletak kastard jagung, durian, cempedak mahupun nangka. 

Terpulang pada citarasa masing2. Anak2 saya suka apam ni. Buat pun tak susah mana dan satu adunan boleh dapat anggaran lebih 20 ketul. Kalau buat niaga mesti lariskan....

Banyak nama apam ni.....Kuih Seri Bulan..or dikenali jugak dengan nama Kuih Tangkup or Kuih Apam Perlis. ....karipap apam pun ada org panggil....kalau google apam puri pun keluar gambar ni.......apa pun namanya yg pasti sedap...



APAM PURI/ SUA/ TOKYO @ ZLC

Kulitnya

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis
4 sk  gula
2 cawan air pandan
Sedikit garam

Kisar semua bahan dan perap selama lebih kurang 20 - 30 minit sahaja. (resepi asal menggunakan kuantiti yis yang agak banyak iaitu 11 gm yis (1 paket) jadi tempoh masa perapnya cuma 5 - 10 mint sahaja)

Intinya pula

1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kastard atau tepung jagung
1 cawan gula
2 cawan susu segar atau santan
2 cawan air pandan (optional - boleh guna air biasa atau guna semua santan atau susu)
Sedikit garam

Penyediaan inti kastard:-)  Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati. Pasang api dapur dan masak hingga likat likat dan nampak berkilat.  Sentiasa kacau adunan ketika memasak.

Penyediaan kulit apam

Tuang adunan kedalam kuali nonstick seperti kaedah penyediaan pancake.....tapi jangan terbalikkan. Masak sampai permukaannya kering, angkat. Kemudian letak inti macam kuih karipap, lipat dua dan tekan2 tepinye supaya melekat. Boleh juga menggunakan acuan karipap cuma akan ada lebihan (reja) yang agak membazir sekiranya tidak dimakan.




No comments:

Post a Comment