Pages

Tuesday, April 12, 2016

Muffin Coklat lembab

Muffin coklat lembab umtuk dihantar ke sekolah anak sempena besday. Asalnya nak buat roti sarang lebah dan kek, tapi weekend aritu tak sempat. Macam2 halnya. Akhirnya buatkan muffin ni pagi dan pesan kakak hantar untuk tea diorg kat sekolah....sebelum balik.





Muffin ni saya pernah buat sebelum ni guna resepi dari azie kitchen. Cuma cara adun saya buat ikut cara sendiri. Tektur dia lebih macam kek berbanding muffin. Adunan dia cair tak macam kebanyakan muffin yang adunannya lebih likat. Anak2 saya suka muffin ni.....sedap sangat muffin tu katanya. Yang kecik balik rumah siap tanya.....'mana muffin ummi yang sedap sangat tu.....sebab kat sekolah tadi tak dapat makan'........sarapan pun makan muffin....kakak2 siap bawak pegi sekolah sebab nak makan dengan kawan2. Nasib ummi buat dua adunan dan tinggalkan lebih sikit kat rumah....



Muffin Coklat

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk kopi instant (saya guna kopi arabica) (kalau takde boleh guna serbuk kopi kampung yang dibancuh dengan air panas bahan C di bawah)
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
sedikit garam

Bahan B

1 cawan minyak masak (atau mentega cair)
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A



Bahan C

3/4 cawan air panas


Cara-cara

Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 1/2 sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak - bergantung saiz muffin. (Saya bakar selama 20 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.)

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.


Cara cara freeze muffin

Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:

1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

No comments:

Post a Comment