Pages

Wednesday, March 2, 2016

Pulut tanak ikan masin


Menu pilihan atuk....semalam goreng ikan masin belanak yg dikirim dari kawan kat Taiping.  Atuk dok menyebut sedap kalau makan dengan pulut tanak bersantan.  

Jadi pagi tadi saya buatkan la pulut dan goreng ikan masin tu lagi. Satu rumah berbau, sampaikan hubby terbangun disebabkan bau ni...hahhahah. Balik hantar anak sekolah hubby bagitau jiran sebelah pun dok menyebut sapa dok goreng ikan masin ni......waduh kuat betul baunya....penangan ikan masin pak udin...tak ble sorok, satu taman tau.....


Pulut tanak bersantan

2 cawan beras pulut - basuh dan toskan
2 1/4 cawan santan 
Sedikit garam
Daun pandan simpul

Satukan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak. Walaupun guna periuk elektrik kena kacau juga sesekali sebelum air dia kering supaya pulut masak elok jer.


Hidangkan dengan ikan masin goreng dan kelapa parut....

No comments:

Post a Comment