ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Friday, April 1, 2016
Kek sarang semut aka gula hangus versi tak perap pulak
Kek sarang semut aka kek gula hangus. Malam ni nak terbang ke Bahrain. Ikut atuk. Saya guna resepi biasa cuma kali ni terus masuk oven lepas siap adun. Tak perap pun. Alhamdulillah...kejadiaannya tetap sama....kekal vogue.
Atuk suka sangat kek ni. Tu yang buatkan. Nanti 3 bulan lagi baru atuk ble rasa lagi kek vogue air tangan ZLC ni....😊😊😊😊
Jom semak resepi kek gula hangus @ ZLC
♡♡♡Gula hangus ♡♡♡
2 cwn gula (saya guna 1 2/3 jer kali ni)
2 cwn air
1/2 cawan (125 gm) mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop.) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
6 biji telur gred A (letak 5 biji gred A jer)
1/2 cwn susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telur sampai kembang & gebu guna blender pun boleh.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati. Tuang dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder yg diayak terlebih dahulu. (saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila dan kacau sebati guna senduk. Last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik - kali ni saya tak perap langsung....siap adun terus masuk oven.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160°C api bawah sahaja. Baki 15 minit terakhir tu pulak api atas bawah.
atau
kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 min
No comments:
Post a Comment