Pages

Saturday, February 6, 2016

Sotong bakar bersambal

Sorong dari Sabah...masa belum.masak sikit punya besar...bila masak kecut sikit. Saya bakar bersambal, guna magic pan. 
Sambal yang digunakan untuk membakar sotong ni sebenarnya boleh digunakan untuk membakar makanan laut lain. Sedap....buat banyak2 pastu simpan. Nak bakar ikan dll tu senang.....

Sambal ikan/sotong/udang bakar @ ZLC
Bahan-bahan
bhn-bhn A: (dikisar lumat) 
15  biji bwg merah
1 labu bwg putih
1 mangkuk cili kering rendam/rebus lembut
2 inci halia
2 inci lengkuas
belacan sebesar ibu jari (optional)
Bahan B
3 batang serai - di ketuk
2 kuntum bunga kantan - dihiris
Segenggam daun kesom - hiris
5 tangkai daun sup - hiris (optional - saya tak letak kali ni)
6 helai daun limau purut (hiris - diletak akhir sekali setelah rempah pekat)
4 sb Air asam jawa
Garam dan gula melaka secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Tumis bhn2 A  dengan minyak yg sederhana banyak sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian. masukkan air,  air asam jawa, serai, bunga kantan, gula melaka dan  masak sehingga pekat..
Setelah pekat, masukkan sedikit air dan masukkan daun kesom serta daun sup tunggu sehingga pekat.
Setelah pekat, masukkan sedikit garam dan daun limau purut. . Kacau seketika, tutup api dan sedia digunakan.
Kepekatan sambal bergantung kepada citarasa. Sekiranya semasa membakar ikan/sotong sambal terlalu pekat, masukkan sedikit air. Perahkan limau nipis di atas sambal semasa hidangan.

No comments:

Post a Comment