Pages

Friday, January 29, 2016

Resepi nasi ayam 

Menu arini......set nasi ayam istimewa ZLC. Kalau semalam lewat 30 minit. Harini Alhamdulilah...awal la sikit....rezeki pulak amat baik, lampu isyarat sume hijau time kitrg lalu...

Macam biasa la....hidangan nasi ayam mesti la ada nasi, ayam goreng, sup, salad dan sambal.....harini pun macam smlm tak sempat nak posing sangat....amik jer gambo ikut dan.


Resepi nasi ayam

Untuk nasi

5 cawan beras (saya guna basmathi - sukatan air ikut jenis beras)
7 cawan air rebusan ayam
5 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam secukup rasa

Tanak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering titiskan beberapa titis pewarna kuning jika suka. Biarkan nasi masak sepenuhnya (jgn kacau nasi selepas dititiskan pewarna. Biarkan nasi selama lima minit selepas masak sebelum di kareh rata). Masukkan bahan tumis di bawah dan kareh rata.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 sb minyak masak
2 sb minyak sapi

Tumis hingga naik bau dan bawang perang. Tuang dalam nasi yg telah masak sepenuhnya dan kareh rata.

Resepi nasi ayam

Untuk ayam

2 ekor ayam (atau bahagian pilihan) - potong ikut citarasa - celur selama 10 minit dengan air yg diletakkan hirisan halia - air celur jgn buang, guna dijadikan sup nanti)
1 sb sumac (rempah arab boleh beli dari kedai yg menjual makanan timur tengah - jika suka)
1 sb lada hitam (tumbuk/kisar)
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk jintan manis
Gula perang secukup rasa
garam secukup rasa

Gaul rata dan perap seketika sebelum digoreng.

Resepi nasi ayam

untuk sambal

*5 biji cili kering (rebus atau rendam hingga lembut) - campur cili padinutk rasa yang lebih pedas
*5 ulas bawang merah 
*5 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
6 sb kicap

Kisar * hingga lumat. Satukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga pekat dengan api kecil. 

Resepi nasi ayam

Untuk sup

Saya guna kaki dan tengkuk ayam dan air celuran ayam tadi.
1 batang lobak merah dihiris nipis
1 batang serai

Tuangkan bahan tumis dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak
Tumis hingga naik bau dan bawang perang.

Pelengkap rasa

Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang.

Resepi nasi ayam

Salad

Timun
Tomato
Daun salad


No comments:

Post a Comment