Pages

Monday, December 7, 2015

Pelbagai roti doh asas

Meroti lagi.....untuk sarapan pagi. Macam2 gaya...

Resepi Doh

Bahan - Bahan :

500g tepung gamdum
50g gula kastor
5g garam
50g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener 
8g yis
70g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
225 gram air sejuk (peti ais) (kalau guna gr superbake tambah air jadi 250 gm)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker:

Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.

(Tak perlu perap)

@ satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tak lekat di besen dan tangan, doh berkilat dan elastik.

Cara membentuk doh.

Bentuk ikut citarasa dan susun di atas loyang yg di gris mentega. Buat hingga selesai.

Perap 3 - 4 jam. Spray air atau boleh sapu egg wash dan taburkan hiasan. Bakar suhu 180 celsius selama 20 - 30 minit.

No comments:

Post a Comment