Pages

Sunday, November 1, 2015

Pasta bolognese Ala ZLC

Aktiviti hari minggu yang lalu....menyediakan masakan untuk sejuk beku. Stok makanan untuk anak2. Kalau tak sempat nak masak saya akan reheat saja makanan yg dibuat ni.....lagi pun pasta ni antara makanan kegemaran anak2...

Kuah bolognese ni sempat juga bekalkan untuk anak buah yang datang ke rumah....

Kuah blolognese ala ZLC

30 biji cili kering - rebus dan kisar halus
4 kg tomato - kisar
1 tin tomato puree (optional - saya letak untuk dapatkan warna sos yang lebih merah)
2 biji bawang holand cincang
1 labu bawang putih ketuk atau cincang
2 kg daging cincang
2 sb lada hitam
2 sb oregano
2 sb basil
10 helai daun bay
2 sb pasley
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Sayuran
3 batang celery - potong kecil
1 biji cili benggala potong kecil
2 tin cendawan butang @ 3 paket cendawan butang segar - hiris

Tumiskan bawang dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Tumis hingga air daging kering.

Masukkan tomato kisar dan puree. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali cili. Masak hingga sayur empuk dan rasa masin dan manisnya. Akhir sekali masukkan cili benggala. Kacau sebati dan tutup api.

Cara hidangan

Pasta yang direbus empuk
Parutan cheese

Ambil sedikit pasta dan masukkan ke dlm pinggan. Tuang kuah di atasnya. Parutkan cheese di atas kuah.

No comments:

Post a Comment