Pages

Thursday, November 5, 2015

Nasi briyani Abang Sado JJ


Aktiviti sempena sambutan maal hijrah dan perasmian Tahfiz Mutqan Setia Alam. Memang happening aktiviti rewang yang jarang2 orang bando dapat turut serta. Aktiviti ni dah berlangsung dua minggu lepas tapi akak tak sempat nak update dek non oiiii......pangjang berjela N3 nih...gambo pun banyak.....tu la asyik tertanggung jer....naik berpinau mata akak nengok skrin hp yang comel tu....udah le mata rabun.... Ni dah ngadap lappy baru la selesa sikit nak mengupdate...

Kalau sebelum ni akak kongsikan resepi lauk briyani versi lebur sajalah, kali ni akak kasi versi tumis pulak yer.....korang cubala.....orang2 yang makan kata sedap....hikhikhik.....masakan encik hubby akak ni tau.....My Abang Sado.....kau ado?????

RESEPI NASI BRIYANI ABANG SADO JJ 

Only @ zulfadreamland.blogspot.com

Untuk nasi

15 cawan beras brasmati direndam selama 30 minit dan toskan hingga kering (saya guna beras pusa)
2 pokok daun ketumbar
250 gm daun pudina
4 helai daun pandan
4 biji bawang Besar - kisar
20 ulas bawang merah dihiris dan digoreng
2 labu Bawang Putih - kisar
2 inci Halia
1 sb Ibu Briani/4 sb rempah briyani biasa
3 kuntum Bunga lawang
2 btg Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
1/2 cwn minyak masak
1 cwn Minyak sapi QBB
1 cawan Susu Cair
**separuh biji perahan lemon @ 4 sb sunquick oren
air ikut sukatan beras 1 cwn beras : 1 1/4 cawan cecair termasuk susu.
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis (pilihan)
Sedikit Pewarna Merah dan Kuning
sedikit air mawar (jika suka)

___
Tumis semua bahan yang dikisar bersama daun pandan dan rempah tumis.
Masukkan ibu briani. (Kalau takde ble guna rempah briyani biasa tu jer)
Masukkan masukkan air, lemon. Masukkan daun-daun (tinggalkan sedikit untuk tabur selepas nasi masak). Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan beras, kacau kerap sebelum airnya kering.
Bila air dah kering jangan kacau dah. Kecilkan api.  Titiskan pewarna dan air mawar jika suka dan tutup periuk serta tindih rapat supaya wap tidak keluar.
Biarkan nasi tanak selama lebih kurang 10 minit.  Kemudian tutup api....Biarkan lebih kurang 5 - 10 minit. Buka penutup dan kareh/gembur rata nasi tadi. Pastikan jangan di kacau kasar2 nanti nasinya patah. Korek dari tepi periuk. Tabur bawang goreng, gajus, kismis dan baki daun.

 *****jumlah cecair ni kena tengok jenis beras. Kalu guna pusa cream jumlah yg biasa saya guna 1 cwn beras : 1 1/4 cecair

 

Nasi yang dimasak kali ni kurang cantik sebab terlebih cecair. Beras tidak ditos hingga betul2 kering.


Lauk briyani - (cara tumis)


1 kilo lamb shoulder lamb shoulder
2 batang karot - Potong 2 inci dan belah 4

Bahan tumis

4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia

 Kisar *

Rempah tumis 

1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih

**5 biji tomato - kisar (Boleh juga menggunakan tomato puree tin kecil)
***4 biji cili hijau/cili api pun boleh - kisar


****6 sb madu 
****2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
****1/2 keping gula melaka
****4 sb sos tiram
****4 sb sos cili
****4 sb sos tomato
Garam secukup rasa

1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang -hiris
Secekak daun pudina - ambil daunnya
1/2 batang chinese leek - Potong 2 inci dan belah 4

4 sb minyak sapi (QBB paling best) + 1/4 cawan minyak masak

Bahan pilihan

250 gm bawang goreng
3 sb kismis -goreng 
Gajus - goreng

Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan rempah briyani. tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili hijau kisar,  kacau sebati. Masukkan daging dan karot masak hingga mendidih daging lembut. Masukkan **** dan kacau rata. (Kalau guna ayam daging masukkan setelah kuah agak pekat sebab ayam daging cepat empuk dan hancur - lebih sedap sekiranya menggunakan ayam pencen atau ayam kampung sebab masakan ini perlu dimasak lama supaya semua bahan menyerap ke dalam daging). Perisakan dengan garam secukupnya. (Rasa briyani johor agak manis sedikit - sesuaikan rasa manis masinnya ikut selera) 

Masukkan bawang goreng sekiranya kuahnya masih cair. Taburkan kismis dan gajus jika suka.

***kacau sekali selalu supaya tak hangit.
Dua pilihan lauk disediakan untuk jamuan tersebut dan yang pastinya lauk kambing menjadi pilihan ramai.....
Gambar kelabu, tak sempat nak platting sangat la......akak menyibuk betul masa tu.....sampai demam seminggu lepas majlis tu......hukhukhuk

Resepi dalca

1 cawan kacang dhal - rendam dan rebus sampai empuk hampir hancur
Santan cair/susu cair/air secukupnya
1 sk (penuh) asam jawa bancuh dengan 1/4 cawan air
* 3 biji Bawang besar
* 2 inci halia
* 6 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 biji terung -potong ikut suka
2 biji kentang - potong ikut suka
1 batang lobak merah - potong ikut suka
sedikit kacang panjang - potong 2 inci
1/4 cawan rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis * dan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah tumis dan tumiskan seketika. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam jawa. Kacau sebati. 
Masukkan air, dhal dan kentang. Masak hingga kentang hampir empuk. Masukkan santan/ susu, lobak. Masak hingga lobak hampir empuk. Masukkan terung dan kacang. Masak hingga mendidih dan sayur empuk. Tutup api.

 

Resepi pecuk/jelatah

3 biji timun dipotong kecil
1 biji nenas dipotong kecil
2 biji bawang besar hiris
1 biji karot hiris nipis
2 biji cili merah/hijau & cili padi hiris

Cuka, gula dan garam secukup rasa
Satukan dan gaul rata.


Sekitar aktiviti rewang,  penyediaan Nasi Briyani Abang Sado......
Wonder pet kata.....Apa yang penting kerjasama...

Sejuk hati isteri2 abg2 sado tengok suami2 lincah berkerja di dapur......skill yang terrendam bukan terpendam tau......kikiki. Lepas ni isteri2 boleh bagi laluan pada suami2 menguruskan masak memasak di rumah yer...




Bila abg2 sado beraksi..



Gambar2 sekitar majlis sambutan maal hijrah dan perasmian Madrasah Tahfiz Mutqan, Setia Alam..


Jualan amal tahfiz.....produk2 pemakanan sunnah.....kalau ada yang beminat nak beli boleh juga melalui pos...boleh hubungi Ustaz Redzuan @ 01129472267....


Upacara menandatangani plaque sebagai simbol perasmian Tahfiz Mutqan Setia Alam oleh YB Hj Razali Hassan.


Persembahan dari anak2 tahfiz di bawah pimpinan Ustaz Hafiz, imam Surau Luqman, Setia Alam dan penyanyi kumpulan nasyid yang saya lupa namanya......yang juga guru mengaji anak2 saya.


No comments:

Post a Comment