Pages

Monday, November 9, 2015

Menu tengahari jumaat.....macam2 ada

Hari ni ada tetamu. Tengahari balik sekejap untuk masak2 bersama ipar yang datang.

Yang saya sediakan ayam goreng berempah. Yang lain2 tu saya tolong2 sediakan bahan dan kacau2 jer. Ipar yg masak.

Hidangan yang penuh meja kurus saya tu....ayam goreng berempah, ikan masak pundang serani, asam pedas telur mayong dan pucuk laku masak lemak.

Resepi ayam goreng berempah saya dah kongsikn dalam pos terdahulu.


Asam pedas telur mayong JDT

2 kg telur mayong - didihkan air dan celur 10 minit  - toskan

Kisar
20 biji cili kering direbus lembut
2 biji bawang besar
2 inci halia
10 ulas bawang putih
1 ketul ibu kunyit

Bahan lain

2 kuntum bunga kantan
Secekak daun kesum
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Optional

Bendi
Terung
Tomato

Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan air asam dan kacau sebati.  Tambah air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan sayuran kecuali tomato serta telur ikan dan bunga kantan. Masak hingga sayuran empuk. Tambah garam secukup rasa dan daun kesum.
Masukkan tomato jika suka Biarkan merenih seketika dan tutup api.


Ikan pindang serani JDT

2 kg ikan senangin

Hiris/tumbuk kasar

10 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 ulas bawang putih
1 ketul ibu kunyit - tumbuk halus
3 batang serai - ketuk

Bahan lain

4 keping asam gelugur
Secekak daun kesum
Air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Optional

I biji timun biasa atau timun tua
Tomato

Tumis bahan hiris hingga naik bau dan layu.  Masukkan air. Masak hingga didih. Masukkan timun, asam dan ikan. Perisakan dengan garam. Biarkan mendidih dan ikan masak. Tambah daun kesum dan tomato. Renih seketika dan tutup api.


Lemak putih pucuk paku

2 ikat pucuk paku
Santan dari 1 biji kelapa parut

Kisar
5 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis

2 batang serai di ketuk

Satukan santan dan bahan kisar. Masak hingga hampir mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau selalu dan masak hingga paku empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa.

**** boleh tambah cili padi tumbuk secukupnya dan kunyit untuk jadikan masak lemak cili padi.

No comments:

Post a Comment