Menu hari minggu. Tetiba teringatkan ayam penyet. Terus geledah blog guna semula resepi yang pernah digunakan dulu dari blog amboyaats.
Memang tak mengecewakan....tetamu yang makan pun nak berselera....Alhamdulillah...
Resepi nasi ayam penyet dan sambal sedap
Nasi Ayam Penyet
Untuk ayam
Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi. - saya guna peha ayam jer
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Saya tambah 2 sb tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng.
Bahan lain
Tauhu
Tempe
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk hasil yg lebih baik. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong
45 cm Belacan
2 sb Ikan Bilis
Garam dan gula merah secukup rasa
Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Nasi
4 cawan beras basmathi - dibasuh, rendam 1/2 jam dan ditoskan
3 ulas bawang putih hiris
Saya tanbah sebiji bawang besar hiris
1 btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter + minyak
garam
5 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Panaskan butter dan minyak. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau hingga airnya kering. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Masakkan selama 5 minit. Tutup api dan buarkan 5 minit sebelum dikareh rata.
Untuk Sup
1 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Baki air rebusan ayam tadi dan kaki/tengkuk dan bahagian tulang2 ayam (rebus empuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia dan rempah tumis hingga naik bau. Tuangkan ke dalam sup tadi. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Siap sudah hidangan nasi ayam penyet arini....anak2 dua tiga kali jengok dapur...tak sabar nak makan sebab bau ayam goreng tu sedap sangat katanya...sampai ke depan terbau2..