Pages

Saturday, October 24, 2015

Roti hitam putih gulung

Roti hitam putih gulung....roti biasa kawenkan dengan roti charchoal...

Roti hitam putih gulung

Doh hitam

Bahan - Bahan :

500 g tepung gamdum + 10 g serbuk charchoal
50 g gula kastor
5 g garam
50 g susu tepung
5 g GR Superbake @ 7g bread improver & 7 g bread softener
4 g yis
70 g marjerin @ shortening
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
225 gram air sejuk (peti ais) (kalau guna gr superbake tambah air jadi 250 gm)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):

Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.

Keluarkan doh yang siap diuli. Simpan dlm bekas dan balut tuala lembab.

Doh putih

Bahan - Bahan :

500g tepung gamdum
50g gula kastor
5g garam
50g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener
8g yis
70g marjerin @ shortening
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
225 gram air sejuk (peti ais) (kalau guna gr superbake tambah air jadi 250 gm)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):

Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.

(Tak perlu perap)

Cara membentuk doh.

Keluarkan kedua2 doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 100 gram setiap satu.

Leperkan doh. Lapiskan doh hitam ke atas doh putih. Dan gulung kemas. Potong 2 dan susun di atas loyang yg di gris mentega. Buat hingga selesai.

Perap 3 jam. Bakar suhu 180 celsius selama 20 - 30 minit.


No comments:

Post a Comment