Pages

Thursday, October 29, 2015

Popcorn

Pepagi lagi dah kedengaran bunyi letupan2 kecil di dapur ummi...nasib baik bunyinya lembut2 jer gitu kalau tidak mau bomba ke polis sampai depan rumah....kikiki.

Anak2 bukan main seronok ada popcorn kaler hijau....masing2 sibuk cari bekas nak tapau pegi sekolah.....yg dok sibuk nak jual kat kengkawan pun ada. 

POPCORN

1/2 cawan biji jagung kering (boleh beli di pasaraya atau kedai2 runcit)
1/2 cawan minyak

Masukkan kedua2 bahan ke dalam kuali besar. Tutup dengan talam besar. Pasangkan api sederhana. Biarkan hingga bunyi letupan berhenti. Tutup api dan buka tudung. Pindahkan popcorn ke dalam bekas.

1/3 cawan gula (ikut citarasa, kalau nak lebih manis boleh tambah gulanya)
Pewarna (saya guna bentuk paste, atau lebih elok guna bentuk serbuk)
1 sb mentega

Dalam kuali yang sama cairkan gula dengan api sederhana kecil. (Saya masukkan paste terus semasa proses mencairkam gula) Masukkan mentega dan pewarna (kalau guna serbuk). Gaul hingga mentega cair dan perwarna sebati serta masukkan popcorn tadi. Gaul rata cepat2 jangan sampai gula hangus. Setelah rata, tutup api, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.

No comments:

Post a Comment