Pages

Monday, October 5, 2015

Onde-onde aka buah melaka aka klepon


 Kuih traditional yang mudah dsediakan dan sedap dimakan. Tak perlu sukatan tertentu....insya Allah menjadi. Sebab tu la kalau teringin saya buat sendiri kuih ni...tak pernah beli sebab macam tak berbaloi nak beli. Kuih ni tambah sedap kalau guna air daun pandan asli...bukan pes/esen. Memang terbaik hasilnya.....

Onde-onde/buah melaka/klepon

Tepung pulut
Air pandan (Kisar daun pandan dengan air dan tapis atau air + esen/pes pandan)
Gula melaka/nise

Air secukupnya untuk merebus

Kelapa parut digaul sedikit garam (seelok2nya gunakan kelapa muda dan bahagian putihnya)

Didihkan air di dalam periuk.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tambah air pandan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, bulatkan kemudian leperkan. Isi dengan gula dan gentel bulat. Masukkan ke dalam air yg mendidih. Masak hingga bebola timbul. Angkat yg timbul dan golekkan ke atas kelapa parut. Sedia dihidang.

********Amaran: Kuih ini mengandungi gula cair yang panas....jadi pastikan kuih sejuk sebelum dimakan. Selalunya kuih ini dibuat dalam bentuk yang kecil agar boleh dimasukkan terus ke dalam mulut tanpa perlu digigit untuk mengecilkannya kerana gula yang cair itu akan meleleh keluar....heheheh....hati2.....jangan makan gelojoh2 sangat nanti boleh tercekik pulok....

 

No comments:

Post a Comment