Pages

Wednesday, October 28, 2015

Nasi Kerabu Kuning

Nasi Kerabu Kuning untuk yang tiada bunga telang macam saya nih....jadilah. Lepas la rasa teringin.
Resepinya saya rujuk daripada spice journey....Saya tak berapa pandai makan budu jadi saya tak hidangkan budu....cuma dalam kuah lemak tu jer masukkan budu.


 
NASI
 
4 pot Beras
5 pot Air - bergantung kepada beras masing2
3 helai Daun Limau Purut - dikoyak2
3 helai Daun Pandan - disiat & disimpul
Segenggam Bunga Telang - direndam atau pewarna
Sedikit garam
 
Beras dibersihkan dan rendam sebentar dengan air bunga telang untuk menyerapkan lagi warna biru pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa bersama-sama daun limau purut, daun pandan, garam dan air bunga telang yang memberi aroma semulajadi pada nasi. 
 
SERUNDING KELAPA IKAN
 
5 ekor Ikan Kembung @ Ikan Sardin
5 biji Bawang Merah
Sehiris Halia
1/2 biji Kelapa
3 batang Serai
10 biji lada hitam (boleh letak lebih sekiranya suka)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
 
Goreng kelapa seperti buat kerisik tapi jangan terlalu garing. Kemudian tumbuk kelapa hingga halus (saya guna mesin kering) tetapi jangan sampai pecah minyak.
Bakar ikan @ rebus ikan. Asingkan isi dan ketepikan. Saya suka sangai dulu isi ikan ini (setelah direbus) di dalam kuali hingga kelihatan isi ikan itu seperti kapas.
Tumbuk bawang merah, halia, serai, garam dan sedkit gula hingga lumat dan sebati. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali bersama2 ikan yg telah disangai terlebih dahulu dan sangai lagi hingga kering. Rasakan garamnya. Ketepikan.

 
KUAH TUMIS (Kuah Nasi Kerabu)
 
Santan Pekat dari Sebiji Kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang Merah Kecil
1 ulas Bawang Putih
2 batang Serai - di ketuk
Sehiris Lengkuas
2-3 keping Asam Keping/Gelugur
Sedikit Budu
Sedikit Minyak utk Menumis
 
Semua bahan dikisar hingga lumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau dan masak cilinya. Kemudian masukkan serai yang diketuk tadi bersama santan. Masukkan asam keping, gula dan garam. Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak.


ULAM-ULAMAN
 
2 helai Daun Kunyit
5 helai Daun Cekur
1 batang Bungan Kantan
10 tangkai Daun Kesum
5 tangkai Daun Selasih
5 batang Kacang Panjang
5 batang Kacang Botol
Sedikit Daun Selom
1 biji timun - Saya lupa beli
5 biji bawang putih jeruk - Saya tkder
1 labu Bawang Besar - Saya tambah
1 mangkuk kecil Taugeh, dibuang ekornya
Hiris halus kesemua bahan ulam halus kecuali taugeh.
 
Resepi Sambal Cili  
 
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Asam jawa
Limau nipis/cuka.
 
Kisar kesemuanya.
 
 
Pelengkap hidangan
 
Jeruk bawang putih 
Telur Masin
Keropok
Hirisan limau nipis


No comments:

Post a Comment