Pages

Sunday, October 18, 2015

Kek mentega durian

Dapur ummi semerbak dengan bau durian malam ni. Jadi tak sabar nak makan kek yang sedang dibakar... Stok durian selalu ada jer kat rumah ni. L...durian kampung beku....untuk memenuhi keinginan di luar musim. Saya guna resepi yang saya intai dari blog sinar kehidupanku. Makin gebu dan lembut kejadiannya bila saya guna tepung superfine.....sedap banget...walaupun permukaannya nampak keras dan kasar tapi hakikat kejadiaan sebaliknya......baik korang cuba test try pulak resepi ni....

Kek mentega durian sempena jerebu.

Bahan-Bahan

250 gm mentega
200 gm gula halus
4 biji telur (saya guna saiz L)
300 gm Isi durian*
4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
240 gm tepung naik sendiri** (saya guna tepung superfine + 1 sb baking powder)
1 sb tepung jagung**
1/4 sk garam** (** campurkan dan ayakkan)

Cara-Cara

Pukul mentega & gula sehingga gebu & putih. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul lagi.

Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dengan adunan isi durian. 

Gaul rata . Lenserkan loyang dengan mentega.Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment