Pages

Monday, October 5, 2015

KAMBING MASAK MERAH 

Semalam dok menggogel utk mencari resepi masakan kambing. Mencari resepi yang bahan2nya tak perlu cari di kedai memalam begini.... tertarik dengan resepi yang dikongsi daridapurgua.blogspot.my. Kambing masak merah.....nampak mudah...dan sedap. 

Memandangkan beberapa bahan tiada di dapur maka saya olah serba sedikit. Begitu juga dengan sukatannya....malas pulak nak menimbang segala maka saya gunakan sukatan yang lebih mudah...sesuaikan rasa. Daun-daunan yang digunakan juga saya tukar memandangkan yang ada cuma daun ketumbar. Lagi pun saya lebih sukakan aroma dan rasa ketumbar. Selain itu saya masukkan celery bagi menggantikan daun sup...

Komen juri-juri.....sedap dan boleh dijual...hehehhe....Alhamdulillah...terima kasih juga kepada yg berkongsi resepi...izinkan saya olah sedikit dan kongsi di blog ini juga yer...

KAMBING MASAK MERAH 

Bahan2nya:-
2 kg potongan bahu kambing (lamb shoulder)
200 gm tepung gandum 
100 gm halia (diketuk) -(4 inci halia)
3 liter air (12 cawan air)

Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan) - (20 biji  @ ikut selera)
80 gm bawang putih (1 labu)
250 gm bawang merah (2 biji bawang besar @ 15 ulas bawang merah)
80 gm halia (3 inci)

Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik 
200 gm bawang besar- hiris nipis 
4 batang kulit kayu manis 
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga 
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi  (1 senduk)

Bahan2 lain:-

1 sd besar garam 
1/2 sd teh serbuk perasa 
45 gm gula pasir (tak letak)
170 gm gula melaka (1/2 keping @ 1/2 ketul)
100 ml sunquick base (orange) (1/3 cawan - saya gantikan dengan 4 biji limau kasturi)
100 ml sos tomato (1/3 cawan)
100 ml sos cili (1/3 cawan)
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4) 
150 gm kismis kuning
60 gm daun bawang (hiris kasar)  (saya tak letak )
25 gm daun saderi (daun sahaja - hiris kasar) - (saya letak 2 batang celeri)
30 gm daun sup (daun sahaja - hiris kasar) (saya ganti dengan 2 pokok daun ketumbar)

Caranya:-

Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.

Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya. 

Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.

Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal. 

Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan 

Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis

Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar. 

Masukkan hirisan bawang besar.  

Kacau hingga bawang menjadi ringan.

Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.

Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau. 

Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.

Masukkan susu cair dan kacau lagi.

Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun pudina dan kacau. 

Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.

Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.

Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api. 

Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.

1 comment:

  1. Thanks ya puan, sedap resipi ni, saya nak jual kambing masak merah ni kat kedai restoren saya. Mohon halalkn resipi ye..

    ReplyDelete