Pages

Thursday, October 1, 2015

Hujan2 ni pekena pengat pisang ngan kopi O....jom


Sedapkan.....time ujan2 cenggini....duduk kat pangkin bawah rumah...minum petang dengan semangkuk pengat pisang bersama secangkir kopi O kaw.....perghhhhh....

Teringat masa kecik2 kat kampung....huhuhu...sesungguhnya aku rinduuuuuu.....

Pengat pisang mengancam jiwa ZLC

*1 biji pisang tanduk yg baru ranum - potong ikut citarasa (pilih pisang yg tidak terlalu ranum agar tidak benyek selepas dimasak)
*2 keping gula nise (atau terpulang citarasa nak guna gula apa....secukup rasa)
*Sedikit garam
1 cawan santan pekat dan *4 cawan santan dari sebiji kelapa
*1/4 cawan sagu
*1/4 cawan tepung caca

Cara koboi ZLC

Satukan * di dalam periuk. Masak hingga sagu jernih dan caca lembut. Tambah santan pekat dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Sesuaikan rasa manisnya. Tutup api.

No comments:

Post a Comment