Pages

Tuesday, August 4, 2015

Roti asas

Testing resepi yg tak guna telur tapi ganti dengan GR superbake. Dua2 resepi ok, hasilnya memberansangkan... Rotisarah dohnya lebih cantik....manakala aliasyifa80 pulak dohnya sedikit lembut sbb kuantiti air dan menteganya lebih banyak....

http://rotisarah.blogspot.com

RESEPI ASAS BUN MANIS

Bahan - Bahan :
500g tepung protin tinggi (saya guna tepung gamdum)
70g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener 
8g yis
70g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
250gram air sejuk (peti ais)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):
Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker.
Pilih menu no 8 (uli selama 2-3 minit).   
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.
Pilih menu no 8 (uli selama 30 minit)
Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 50 gram setiap satu.
Uli bulat @ ikut citarasa anda dan rehatkan 45 minit (proofing).
Selepas itu masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit
Keluarkan dan sapu marjerin ketika panas.
Roti siap.

http://aliasyifa80.blogspot.com

Resepi doh roti :

500 gm tepung gandum
80 gm shortening @ marjerin
30 gm susu tepung (saya guna horlick)
11 gm yis
60 gm gula
265 ml air sejuk peti ais
secubit garam
5 gm superbake

* sekiranya tidak menggunakan superbake rakan-rakan perlu memasukkan 1sk bread softener dan juga 1 sk bread improver....

Cara - cara :


Dengan menggunakan bread maker masukkan bahan cecair dahulu diikuti dengan bahan-bahan kering....pilih untuk menu dough....untuk BM yang saya gunakan ini,saya menguli sebanyak dua kali...selesai menguli terus bentukkan dan rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda....

Doh 50gm dibulatkan dan di leperkan di dalam bekas......

Setelah naik 2 kali ganda boleh letak topping kegemaran.....kali ini saya membuat mini pizza dan chicken floss....

Doh akan naik lagi semasa dibakar.....

Setelah doh sejuk baru disapu mayonis yang dicampurkan sedikit dengan susu pekat manis serta ditabur dengan chicken floss.....

(Jika menggunakan tangan....campurkan semua bahan kering masukkan shortening dan air....uli sehingga doh tak melekat di tangan...untuk lebih mudah masukkan doh di dalam plastik dan picit2 doh sehingga lembut.....

SELAMAT MENCUBA.....


No comments:

Post a Comment