Pages

Thursday, August 27, 2015

Resepi Kek Pisang Marble Susu

Resepi ni kata marble....tapi diriku bantai belangkan...huhuhu....itu nama kasi tukar la....kek pisang belang susu.... Kek ni terjadi sebab stress .....pastu duk kat umah pulak...anak takde baby sitter... kebetulan pisang emas yg dibeli weekend lepas dah mula menghitam....kalau tak diselamatkan alamat jadi rezeki tong sampah la.

Setelah agak lama jugak aktiviti mengekek ni terhenti...takut jugak kek tak menjadi....tapi cukup sejam hasilnya Alhamdulillah...

Sumber resepi saya resepibonda.com. Ramai blogger masakan yg guna resepi yang sama. Kiranya pilihan yg tepat lakan...

Resepi Kek Pisang Marble Susu

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit gulanya)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko (saya guna emulco kopi)

Cara Membuat:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.

2. Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati.

3. Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

4. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan.

5. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat dan pandan, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.

6. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit. Setelah masak terbalikkan atas redai. Sejukkan sedikit sebelum potong dan sedia dimakan...

No comments:

Post a Comment