Pages

Monday, August 31, 2015

Swedish meatball

Gerhakballen - dutch meatball aka Swedish meatball saya untuk makan malam. Abaikan rupanya dan saiznya yang tak tentu hala tu sbb ni hasil usaha bersama anak2....


Sesekali kena layan selera ala western juga kat rumah. Kalu tidak boring tahap gaban jadinya. Untuk dinner mlm ni saya cuba resepi swedish meatball yg dikongsi oleh kawan sekolah kat group resepi kitrg.....sedap dan mudah sgt nak buat. 

Kawan saya ell, letak daun bawang. Saya tak letak pun sebab takde stok. Untuk daging saya guna daging segar yang dikisar sendiri....seboleh2nya saya elakkan beli daging kisar yang dah ready kat pasaran sbb kebanyakannya diorg campur lemak banyak sangat......tapi kena ada food processor kalu tidak susah nak kisar....

Gerhakballen - dutch meatball aka Swedish meatball

800gm minced beef
2 biji bawang holland (chopped)
5 - 7 keping Biskut cream crackers tumbuk
Sedikit garam
Daun bawang(optiinal)
1 sudu teh white pepper
2 sudu teh Paprika powder 
1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar
1 biji telur

Caranya

1.Masukkan semua dlm bekas/mangkuk dan gaul sebati
2. Bulat2 kan ikut size yg disukai
3. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30mins
4. Panas kan butter and gorengkan meat ball dgn slow fire sampai ke brown2. Kalau.api.besar dlm tak masak.

Sedia dihidang dengan potato salad dan juga rebus Brussel sprout atau brocoli atau sebarang hidangan sampingan pilihan.
Setelah angkat masuk bekas hidangan, tuangkan butter yg diguna untuk menggoreng beefball tadi ke atas meatball.

*meat ball yg sama digunakan utk buat speghetti meatball cuma size harus kecik2

Ni versi omputih. Sukatan separuh dari yg atas lebih kurang

400gm of mince meat.
1 cup of chopped holland onion
1/2 cup of chopped spring onion
Salt, pepper,
1 egg
3/4 cup of crushed cream crackers

Mix all the ingredient and made it into a ball to the sizes u prefer.


Chill it in the fridge for 30mins
To cook it put butter in the frying pan...and goreng using only butter with 1 tbsp of butter.
It is sooooo nice to eat it with steam Brussel Sprout and mashed potato dina. Happy trying

Sunday, August 30, 2015

Kacang Phool / Kacang Pool (Spiced Fava Beans)




Ni satu lagi resepi yg lama terperap kat draft blog ni....dari sehari ke sehari nak buat. Kacang phoolnya pun dah lama beli...dari tahun lepas. Daging pun dah berapa kali beli dan kisar tapi mlm ni la baru jadi realiti... itu pun sebab makan kacang phool kat satu tempat tu tak memuaskan hati....rasa satu jenis rempahnya (lupa rempah apa) terlalu dominan. 

Banyak resepi yang saya google....akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan resepi Shannon Lim yg di post dikongsiresepi.com. Cumanya saya tambah kacang kuda dlm tin tu sekali....dan saya masukkan juga sos tomato dalam 3 sb.

Ada satu resepi lagi dari lydia yg saya share disini. Lagi sekali buat boleh try versi lydia pulak.

Kacang phool

Ingredients

1 can (400 g) Foul Medammas / cooked dried Fava beans / kacang parang
150 gm Minced Beef (daging cincang)
¼ cup Tamarind juice (10 gm tamarind + ¼ cup water )
2 tablespoon Meat Curry Powder (serbuk kari daging)
1 teaspoon Ground Fennel Seed (Serbuk Jintan Manis)
1 teaspoon Ground Cumin (Serbuk Jintan Putih)
Freshly Ground Black pepper (serbuk lada hitam)
½ cup Water (air)
Salt to taste (garam secukup rasa)
1 tablespoon Oil (minyak)

Blended / pounded to a paste:

5g Dried Chili - soaked (can be replaced with 1 tablespoon tomato sauce for less spicy dish)
40g Shallots
5g Garlic
5g Ginger

Accompaniment:

Fried Eggs
Onion - diced
Tomato - diced
Fresh Green Chili - diced
Coriander Leaves - chopped
Lime - halved

Instructions

Add oil into a hot wok and stir fry the blended paste until fragrant. Add in curry powder, cumin powder and fennel powder. Stir until well mixed and very fragrant.Put in the minced meat and stir until the meat is cooked. Add in the water and let boil. Once the mixture has boiled, stir in the tamarind juice and the beans (with the liquid). 

Add salt and ground black pepper to taste.Using the back of a wooden spoon, mash up some beans and cook until the mixture has thickened.Serve the dish in a deep plate and top up with a sunny side egg, diced tomato, onion, chilies and coriander. Squeeze some lime / lemon juice. Accompany with bread.

Limau ngan tomato takde....hidang dengan apa yang ada jer yer. Roti saya fresh dari oven...puas hati makan.


****************

Kacang Phool-versi Yemen Lydia Honey

1/2 tin kacang phool (yg dalam tin tu jer)
2 ulas bawang putih-didadu halus
1 biji bawang besar (edium size)-didadu kasar
1 biji capsicum (medium size)-didadu kasar
1 biji tomato-didadu kasar
sedikit daun corainder-dipotong halus
a pinch of tumeric powder
1/4 cmt arabic mixed spices
1/4 cmt cumin powder
1-2 camb lemon juice
pinch of salt & black peper powder
2 camb olice oil-nak tumis
sedikit olive oil untuk garnishing kat atas*

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar hingga naik bau dan masukkan bawang putih, biarkan seketika hingga terbit baunya. Masukkan tomato, capsicum, cumin, tumeric powder, black paper, arabic mixed spices, masak sebentar hingga sayur sedikit layu dan masukkan kacang phool dan lemon juice. 

Biarkan hingga mendidih, kacau seketika & lenyekkan sedikit kasi kacang phool sedikit hancur. Offkan api, masukkan corainder leave, kacau rata, tuangkan ke dalam pinggan & tuangkan sedikit oilve oil di atasnya.. selamat mencuba..enak di makan bersama roti pita arab

Nasi mandy

Lama betul tak masak nasi mandy selalu buat kabsa dan nasi minyak arab jer. Sesekali sedap makan mandy yg lebih ringan rasa rempahnya. Petang ni balik dari kenduri kawen terus jer ke dapur untuk memasak. Ada tetamu mlmnya. Resepi dari Lydia honey saya guna untuk menyediakan juadah ini.

Dalam menyediakan mandy yg ori, bau asap tu yang penting. Arang dibakar dan di tuang minyak bagi mengeluarkan asap di letakkan di dalam periuk nasi dan ayam bagi mendapatkan aroma mandy yg lazat.

Satu lagi kalau nak ikutkan pewarna yang digunakan dalam penyediaan nasi arab ni adalah pewarna alami dari stigma bunga yg dipanggil safron. Tapi sementelah harganya yang agak tinggi pilihan kedua iaitu pewarna makanan buatan digunakan. Dari segi rasa tak banyak berbeza cuma katanya kalau guna safron baunya lebih harum...


Sebahagian koleksi safron kesayangan hamba...koleksi la sangat sebab sayang nak guna. Yg botol tutup gold tu pemberian biras...beberapa gram tu harganya rm180. Yg kotak 4 segi tu saya beli dari mekah. Yg botol belkang tu dan dalam paket tu dibeli dibahrain dan saudi....pemberian dari adik ipar yg tinggal di sana.

Ini arang yang saya guna untuk mendapatkan aroma asap dalam nasi dan lauknya.....dah bakar arang tu saya letak dalam remekin sebelum masukkan dalam periuk dan tuang minyak.


Nasi ni saya masak tak follow cara lydia sbb takut nanti tak pandai agak jadi mentah. Saya sukat air ikut sukatan 1 cawan beras basmathi : 1 1/4 cawan cecair. Saya tumis dulu rempah tumis kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan dan garam secukup rasa. Kemudian didihkan sebelum masuk beras yg dah direndam dan tos tadi. Bila air dah hampir kering saya kecilkan api...titiskan pewarna, susun ayam.....letak remekin yg berisi arang....tuang minyak dan tutup periuk rapat2 (tindih lesung). Biarkan 10 minit. Tutup api. Biarkan 5 minit sebelum buka penutup, keluarkan remekin dan ayam......kareh nasi......

Ayam tadi saya grillkan sikit atas pan supaya ada garing2 skit......gitew ler yg ambe buat untuk sediakan menu nih yer....

Panjang dah cerita ni....jom tengok resepi....boleh la mencuba lepas ni....
(Untuk mix spice arab tu boleh cari kat kedai jual barangan timur tengah)

Nasi Mandy Ayam

Bahan-bahan 

1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan di
1/2 sk ketumbar - biji
1/2 sk jintan manis - biji
1/2 sk lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1 sk all spices/mix spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit

Bahan Untuk Nasi :-

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 sb minyak sapi
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3 cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-

1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon takpe
Garam secukup rasa.

Bahan lain:-

1-2 cmb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..) aluminium foil/remekin

Cara-cara 

Penyediaan Ayam :- 

1. Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.

Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

Hidangkan dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan bawang besar yg kaler putih..

Untuk salsa tomato

Blend 1 - 2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar (kalu nak pedas letak la cili api). Masukkan jus lemon dan garam + gula secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum hidang



Friday, August 28, 2015

Ikan goreng berlada



Kat rumah ni kekadang menu simple jer....asalkan dimasak sendiri. Tak perlu la lauk pauk penuh meja, lauk darat sampai ke laut, cukup sekadar satu atau dua masakan. Hubby jenis yang tak cerewet, anak2 pulak dah terbiasa dengan menu serba ringkas, almaklum umminya bekerja. 

Masak sekadar yg termampu dibuat dalam tempoh yg singkat dan perlu menyiapkan juadah sarapan dan juga lauk tengahari. Pagi sebelum berangkat ke pejabat saya ada lebih kurang sejam untuk siap memasak semua juadah dan menghidang sarapan. 

Resepi ikan goreng berlada

3 ekor ikan kerisi (gaul kunyit dan garam - goreng, angkat dan tos)
*5 biji cili masak (boleh juga guna cili padi kalau nak lebih pedas)
1 barang serai diketuk
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 sk pes asam jawa
Garam dan gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk kasar *. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ikan goreng dan gaul rata. Masukkan asam jawa serta perisakan dengan garam dan gula melaka. Sedia dihidang.
Untuk kali ni saya hidangkan ikan ni dengan sayur kobis tumis air.... Alhamdulillah kenyang.

Kuih cara durian


Arini buat kuih cara dengan perisa durian untuk minum petang. Harum semerbak bau durian asli apabila kuih dimasak. Satu rumah terbau keharumannya.....hehehe. Sedap juga kuih lama yg diberi perisa baru ni... Anak pun suka...komen dia "..kuih ni warna kuning...suka la...bosan kalu asyik letak warna hijau (perisa daun pandan".


Kuih cara durian

10 ulas isi durian
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air / santan
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur

Kisar sebati semua bahan. Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak. Tuang adunan hingga 3/4 penuh. Sudukan sedikit gula dan tuang lagi adunan hingga penuh lubang acuan.
Tutup acuan dan biarkan lima minit. Buka penutup dan keluarkan kuih menggunakan lidi atau cake tester.

***gunakan api yg sedehana ketika memasak.

Bubur Jagung gula hangus


Sejak dapat resepi pengat pisang yg guna gula hangus daripada kawan lama aritu terus la sume bubur dan keturunannya saya buat guna kaedah yg sama. Takde la susah2 nak cari gula melaka or nise yg stoknya kena tunggu hubby outstation ke pantai timur nunnn. Ada la kelainan rasa dan bau bila guna gula hangus ni tapi hati2 masa menghanguskan gula...jangan dah pasang api pakat tinggalkan....tak pasal jer dapat gula hangit.

Pegi pasar aritu beli jagung...buatkan bubur sbb si bungsu suka sangat dengan bubur jagung sama macam ummi dia jugak.....buat 5 tongkol....dapat la seperiuk sederhana. Puasla dia makan...tak abis lagi dah pesan nanti ummi buat banyak2 lagi tau...


Resepi bubur jagung gula hangus

1 cawan gula - dihanguskan sehingga warna perang gelap tapi bukan hangit. Masukkan 1 cawan air didih perlahan2. Awas gula akan meletup2 ketika ini. Gunakan senduk kayu yang panjang untuk kacau gula hingga cair.
5 tongkol jagung - hiris nipis
5 cawan santan
1/2 cawan sagu dibasuh dan toskan
Daun pandan simpul
Sedikit garam

Satukan semua bahan. Masak hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tak pecah minyak. Rasa manisnya. Jika kurang manis boleh tambah gula secukup rasa.


Thursday, August 27, 2015

Resepi Kek Pisang Marble Susu

Resepi ni kata marble....tapi diriku bantai belangkan...huhuhu....itu nama kasi tukar la....kek pisang belang susu.... Kek ni terjadi sebab stress .....pastu duk kat umah pulak...anak takde baby sitter... kebetulan pisang emas yg dibeli weekend lepas dah mula menghitam....kalau tak diselamatkan alamat jadi rezeki tong sampah la.

Setelah agak lama jugak aktiviti mengekek ni terhenti...takut jugak kek tak menjadi....tapi cukup sejam hasilnya Alhamdulillah...

Sumber resepi saya resepibonda.com. Ramai blogger masakan yg guna resepi yang sama. Kiranya pilihan yg tepat lakan...

Resepi Kek Pisang Marble Susu

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit gulanya)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko (saya guna emulco kopi)

Cara Membuat:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.

2. Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati.

3. Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

4. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan.

5. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat dan pandan, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.

6. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit. Setelah masak terbalikkan atas redai. Sejukkan sedikit sebelum potong dan sedia dimakan...

Rendang ayam


Hari ni terlebih rajin. Masakkan rendang pedas ayam untuk lunch. Masa raya aritu pun tak buat rendang pedas....buat rendang tok jer. Mula ingat nak masakkan pulut kuning sekali....tapi males la pulok....makan ngan nasi putih jer la.....petang2 nanti kalau rajin baru la kukus pulut.

Rendang ni sebenarnya tak susah mana nak di sediakan. Cuma ambil masa nak pekatkan jer. Saya suka kalau rendang ayam menggunakan ayam kampung, ayam hutan atau ayam pencen. Sbb bila dimasak lama pun dagingnya tak hancur...


Rendang Pedas Ayam
Zulfaza love cooking

15 ketul ayam (sekor setengah)
*3 biji bawang besar (atau 20 biji bawang merah)
*1 labu bawang putih
*2 inci halia
*3 inci lengkuas
*1 ketul kunyit hidup
*5 batang serai - potong kecil
*20 biji cili kering (rendam air panas hingga lembut)
(Cili padi kalau mau lebih pedas sesuai dengan namanya)
2 helai daun kunyit - hiris halus
10 helai daun limau purut - hiris halus
2 mangkuk santan pekat
1/2 keping gula nise/kabung/melaka
5 sb kerisik
3 - 5 keping adam gelugur

Kisar *.  Satukan semua bahan kecuali garam. Masak hingga hampir pekat. Perisakan dengan garam. Masak lagi hingga pekat dan agak kering. Ketika memasak, kacau selalu untuk mengelakkan rendang hangit.

Wednesday, August 26, 2015

Kuih Kaswi Pandan

Antara kuih kegemaran saya samada yg guna gula merah atau pandan.... kali ni buat perisa pandan sbb hubby bawa balik daun pandan dari surau. Tertarik nak cuba sbb caranya sedikit berbeza dari kelaziman. Adunan di masak hingga likat sebelum kukus. Selalunya dah bancuh terus kukus. Hasilnya lembut dan manisnya pun secukup rasa ikut citarasa saya.

Sumber resepi kali ni fb page Aneka Resepi.


Kelapa muda parut takde stok jadi guna la apa yang ada yer.....


Kuih Kaswi Pandan

Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau


Cara cara

Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan. (Saya tak ikut cara ni....terus satukan dengan bahan2 lain)
Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.
Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.


Belum sejuk....siap kukus terus makan....dengan sudu sbb blum boleh potong...

Tuesday, August 25, 2015

Roti jala


Tengok kat fb lawa dan kemas jer roti jala AWA HOMEBAKERY nih. Tengok resepi mcm best jer....dia letak minyak sikit dalam adunan. Pagi ni try la buat guna resepi ni dengan sedikit olahan....saya guna minyak masak dan tak letak esen vanila. Pastu tambah 2 - 3 sb air lagi.....jgn marah yer AWA.

Stok durian beku dalam freezer ada jadi buatkan kuah durian jer untuk makan dengan roti jala ni. Semenjak dua menjak ni bila buat bubur, pengat dan seangkatannya suka pulak guna gula hangus menggantikan gula melaka atau gula merah. Sedap jer lalu kat tekak nih.....


Roti jala 

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak
Sedikit vanilla (tak letak)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna 

Caranya:

Campur semua bahan, kacau sehingga sebati.
Blend hingga texturenya halus.

Pastu boleh la menjala.
Sya pakai botol yg muncung 3.
Pakai non stick pan, picit sikit n layangkan sahaja kat atas pan laju laju2, kalau tak nanti roti jala jd tebal, tak sedap dmakan....roti jala mestilah lembut dan ringan. Dah masak...lipat n gulung aje.



Kuah durian gula hangus

15 ulas durian
3/4 cawan gula
3 cawan santan
2 cawan air panas
Sedikit garam
Daun pandan (optional)

Hanguskan gula di dalam periuk hingga warnanya coklat perang. Tuang air  perlahan2. Kacau hingga gula cair. Masukkan durian, santan dan sedikit garam serta daun pandan. Masak hingga mendidih. Kacau selalu sepaya santan tak pecah minyak

Saturday, August 22, 2015

Sambal tumbuk jawa


Sambal tumbuk jawa ni menu pembuka selera. Makan dengan nasi panas dan pucuk ubi rebus pun dan cukup. Simple jer kan....

Sambal tumbuk jawa

3 biji cili merah + cili padi secukupnya
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan

Goreng semua bahan. Mula2 goreng bilis dulu sampai garing - bila buih2nya dah kurang maknanya bilis dah cukup garing - angkat dan toskan. Lepas tu goreng pulak bawang2 dan cili sampai layu jer tak perlu sampai garing.(Bila goreng cili, bawang, kuali kena tutup sbb cili tu meletup).Toskan dan tumbuk kedua2 bahan goreng tadi. 

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Menu tengahari ni...cencaru sumbat kelapa, pucuk ubi rebus dan sambal tumbuk jawa....Alhamdulillah...kenyang. Simple jer kan..kalu makan kat kedai satu family mau berpuluh jugak kena....tapi ni masak sendiri...pucuk ubi free...petik kat depan rumah dan surau....kena jiimat time ekonomi tak menentu nih....

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Bahan bahan:

2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah + 5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cawan kelapa parut
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:

Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. (Ni boleh minta penjual ikan tu belahkan dan kulitnya jangan dibuang. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang2, cili, gula dan garam. Kemudian gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut dan air asam jawa.

Sumbatkan ke dalam belahan ikan. Saya goreng dengan sesudu minyak masak di dalam magic pan. (Nak bakar pun boleh)

Kuih ketayap aka kuih gulung


Lari dari kelaziman......kuihnya sama jer tapi sesekali tukar warna....biasanya org buat kuih ni warna hijau atau plain....tapi kali ni kasi tukar sikit....letak warna biru dan ungu....heeheheheeee. 


Untuk kulit

3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)

Kisar sebati semua bahan hingga sebati.

Untuk inti 
(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.


Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa). Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.


Ni bawak ke surau ada gotong royong....dan ada skit lagi buat isi bekas yg perlu dipulangkan pada jiran.