Pages

Tuesday, June 2, 2015

Cinnamon rolls

Resepi Paula dari Food.com jadi pilihan saya kali ni....puas hati dapat makan banyak2....beli mahal. Rupa kureng jelita sebab loyangnya under estimate....terkecil sikit...patutnya jangan susun rapat sangat....bolehla bentuknya membulat...yg saya punya segi enam...segi lima sume ada....hahaha....apa ada pada rupa...janji sedap....nak makan sendiri kot (mood menyedapkan hati sendiri).


Rotinya lembut...sedap tu sedap tapi lain kali tak mo letak glaze....manis giler jadinya...sakit gigi dan lagipun kena control gula bila umur makin meningkat......tapi yg lain2 ok sangat.... 

Walau macam mana pun, anak2 saya suka sgt bila ada glaze ni....byk diorang makan......budak2 dengan benda manis.....anak2 buah pun nampak mcm ok jer dengan tahap kemanisan yg ada....

Cinnamon roll

Ingredients

Dough:
1/4 -ounce package yeast (11 gm yis)
1/2 cup warm water (1/2 cawan air suam)
1/2 cup scalded milk(1/2 cawan susu yg dipanaskan - jgn sampai mendidih - kemudian disejukkan)
1/4 cup sugar (1/4  cawan gula)
1/3 cup butter or shortening (1/3 cawan mentega atau lemak sayuran - cairkan)
1 teaspoon salt ( 1 sk garam )
1 egg (1  biji telur)
3 1/2 to 4 cups all-purpose flour (3 1/2 - 4 tepung gandum)

Filling:

1/2 cup melted butter, plus more for pan (1/2 cawan mentega cair, tambahan untuk loyang)
3/4 cup sugar, plus more for pan (3/4 cawan gula, tambahan untuk loyang)
2 tablespoons ground cinnamon (2  )
3/4 cup raisins, walnuts, or pecans, optional (3/4 cawan kismis, walnut atau pecan)

Glaze:
4 tablespoons butter (4 sb mentega)
2 cups powdered sugar (2  cawan gula ising)
1 teaspoon vanilla extract (1 sk esen vanilla )
3 to 6 tablespoons hot water (3 - 6  sb air panas)

Directions

Heat oven to 350 degrees F. (Panaskan oven 180 °C).

In a small bowl, dissolve yeast in warm water and set aside. In a large bowl mix milk, sugar, melted butter, salt and egg. 
(Dalam mangkuk kecil,  satukan yis dan air suam. Ketepikan. Di dalam mangkuk besar satukan susu, gula, mentega cair, garam dan telur).

Add 2 cups of flour and mix until smooth. Add yeast mixture. Mix in remaining flour until dough is easy to handle. Knead dough on lightly floured surface for 5 to 10 minutes. Place in well-greased bowl, cover and let rise until doubled in size, usually 1 to 1 1/2 hours.
(Tambah 2 cawan tepung dan adun sebati. Tambah bancuhan yis dan tambah baki tepung hingga jadi doh yang lembut dan senang diuli. Uli doh selama 5 - 10 minit. Perap doh dalam mangkuk yg digris dengan minyak, tutup dan biarkan kembang selama 1 - 1 1/2 jam.)

When doubled in size, punch down dough. Roll out on a floured surface into a 15 by 9-inch rectangle. 
(Bila dah naik, tumbuk doh. Gelek diatas permukaan yg di tabur sedikit tepung menjadi segiempat sama 15 x 9 inci.


Spread melted butter all over dough (ratakan mentega cair)


Mix sugar and cinnamon (satukan gula dan serbuk kulit kayu manis)
 and sprinkle over buttered dough. (dan tabur diatas doh)


Sprinkle with walnuts, pecans, or raisins if desired. (Tabur walnut, pecan atau kismis jika suka. 



Beginning at the 15-inch side, role up dough and pinch edge together to seal. Cut into 12 to 15 slices. (Bermula dibahagian 15 inci, gulung doh dan matikan doh dipenghujungnya. Potong 12 - 15 kepingan).

Coat the bottom of baking pan with butter and sprinkle with sugar. Place cinnamon roll slices close together in the pan and let rise until dough is doubled, about 45 minutes. (Sapu loyang dengan mentega dan tabur dengan gula. Susun roll dekat2 dan biarkan naik selama 45 minit.)


Bake for about 30 minutes or until nicely browned. (Bakar selama 30 mknit atau sehingga keperangan)


Meanwhile, mix butter, powdered sugar, and vanilla. Add hot water 1 tablespoon at a time until the glaze reaches desired consistency. Spread over slightly cooled rolls. (Sementara itu, gaul mentega dan gula ising serta vanilla. Tambah air panas sesudu-sesudu setiap kali dan gaul rata hingga mencapai konsistensi yg diingini. Tuang ke atas roll yg telah sedikit sejuk. Sedia dimakan...


*****nota saya : menggunakan glaze menyebabkan cinnamon roll menjadi terlalu manis, boleh abaikan penggunaan glaze jika tidak suka roll yg manis melampau....hehehe

Ikut resepi chef khairi mansor mentega tak perlu cairkan....rasanya camni lagi elok....tak la meleleh masa memotong....

Bahan utk 1kg tepung (gunakan sebarang doh asas roti manis) : 2 cwn gula perang + 1 sudu serbuk cinnamon . 200gm butter & 1 cwn kismis(jika suka) ..selepas doh digelek nipis, sapu dgn butter, kemudian taburkan bahan2 yg lain..gulung kemas & potong..jgn gulung terlalu padat tuk elakkan roti membonjol dibahagian tengah.

Nak ubah selera untuk anak2 boleh guna sapuan milo/vico mcm resepi chef khairi kat bawah ni...

utk sapuan milo, 1 cwn brown sugar + 1 cwn MILO + 250gm Butter..campurkan semua dan ratakan pd permukaan doh yg dah di leperkan..

No comments:

Post a Comment