Pages

Wednesday, May 13, 2015

Roti Arab

Semalam order ring roti arab, burger dan sosej dari utara.....orderkan sekali untuk kawan2 group masak2.  Ingatkan paling awal sampai isnin. Sekali gitu pepagi member msg kata dia punya dah sampai kul 9 lebih masa tu.... Cepat sungguh....member tu terus uli roti arab ikut resepi yg saya share ni. 
Saya pun jadi tak sabar2 nak menguli juga...tapi kena tunggu ring sampai.... Balik surau dlm pukul 11 lebih tengok dah ada bungkusan dari skynet.....lagi tak sabar nak ke kedai melengkapkan bahan....
Roti ni lembut betul....kalau tak di sekat mau habis kena ngap...jenuh nak fikir menu lain untuk sarapan pulok...

Sumber resepi ni Harleena @ kelab roti. Harleena cuma bagi bahan dan sukatan... cara2 tu saya ikut jer cara biasa buat roti...alhamdulillah berjaya dengan cemerlang menghasilkan roti arab yg sangat lembut....
Resepi Roti Arab @ Zulfaza Love Cooking
440 gm tpg roti
60 gm tpg wholemeal
10 gm yis (guna sepaket 11 gm tu pn ok)
50 gm gula castor
5 gm improver ( saya guna 10 gm kfine cream)
50 gm butter/margerin
290-300 ml air ais + 2 sb susu pekat.
5 gm garam (saya tambah)
Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan....saya guna ring roti arab. Berat doh 110 gm seketul. Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 30 minit. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Saya uli guna mixer kecil sbb adunan cuma 500 gm tepung......BM saya rehatkan....selalu sgt guna...penat dia....

Batch pertama...


Batch kedua guna ring burger...doh 55 gm
 

No comments:

Post a Comment