Pages

Thursday, May 7, 2015

Nasi goreng jadi juadah bila idea dan mood memasak makin menipis...

Apa nak masak.....huhuhu....malam sebelum tidur dah kena plan supaya tak kelam kabut.....nasi goreng jer la.....jadi malam dah kena masak nasi supaya nasi gorengnya cantik terlerai...

Nasi goreng tersangat sempoi

3 pot nasi
2 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
ikan bilis goreng garing
bunga kobis dan karot
3 sb sos tiram
3 sb cili kisar 
garam secukup rasa
 Minyak untuk menumis

Panaskan minyak
masukkan bawang2 dan tumis hingga keperangan. Masukkan cili dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram. kacau rata.
Masukkan sayur dan kacau seketika. Masukkan nasi, gaul rata dan gorengkan selama 5 minit. Perisakan dengan garam secukupnya dan masukkan bilis goreng. Gaul rata dan sedia dihidang....
Kan dah kata sempoi tapi sedap...... 

No comments:

Post a Comment