Pages

Saturday, May 9, 2015

Lauk-pauk sejuk beku


Masak lemak tumis ikan tenggiri


Ayam masak kuah tomato


Kari ikan tongkol

Hari ni sempat siapkan lauk sejuk beku untuk meal anak2 sepanjang saya menemankan hubby di hospital kerana operate lutut. Tak pasti berapa hari kena duduk wad....nak berulang alik agak jauh juga jadi saya terpaksa sediakan lauk sejuk beku ni....

Kesian kat kakak yg tolong uruskan anak2....dengan adanya lauk ni ringan la sikit tugas diorg.  

Marathon di dapur hari ni dimulakan dengan buat naan cheese....dua tiga hari ni teringin sangat nak makan tapi malas nak cari kat restoran mamak... Sambil buat naan cheese sambil jalankan mixer untuk uli 3 kg tepung nak penuhi request encik hubby....dia nak bawak ke surau sempena solat hajat yg dibuat utk pohon Allah lancarkan proses pembedahan.....buat roti cheese gula jer...

Selesai bakar roti, ingatkan dah tak larat nak sambung masak lauk....tapi gagahkan juga....memula masak kari tongkol....siap....terus masak lemak tenggiri pulak....siap.....pastu sambung masak ayam pulak....siap.....dah dekat maghrib....ingat nak sambung lepas isyak tapi rasa......tak daya dah......ada rezeki sebelum pergi talk atau sebelum pegi hospital sambung masak satu lagi lauk.....dengan doa paling lewat hari khamis dah discharge....

Fuyoooo.....tetiba hari ni dlm rasa yg tak pasti ni panjang pulak celoteh akakkkkk.....dah la.....jom tengok resepi kalau sudi...


Resepi ayam masak kuah tomato

1 ekor ayam potong 8
4 biji kentang kupas dan potong ikut suka
15 biji cili kering rendam lembut dan kisar
1 biji bawang holland potong bulat
3 biji bawang besar kisar
6 ulas bawang putih kisar
2 inci halia kisar
10 biji tomato kisar
1 cawan santan pekat
gatam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis.

Gaul ayam dan kentang dengan kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan tomato. Kacau sebati. Biarkan seketika.
Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan biar hingga ayam dan kentang masak sepenuhnya....pastikan cecair/kuah tidak kering jika kering tambah sedikit air. Masukkan santan, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan tutup api setelah kuah mencapai kepekatan yang diingini....saya biarkan agak berkuah sebab nanti nak panaskan semula.


Resepi tenggiri masak lemak tumis

*6 biji cili masak (boleh tambah cili padi masak jika ingin lebih pedas)
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
1 helau daun kunyit  carik2kan
1 liter santan
sayuran pilihan - labu air, lobak putih, tomato - ikut citarasa (saya letak tomato jer dulu - labu air nanti panaskan semula baru letak)
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Kisar *. Tumis * hingga oecah minyak. Masukkan santan dan daun kunyit...kacau seketika hingga keluar wap. Masukkan ikan dan asam gelugur. Biar ikan masak, kacau sesekali.  Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan 1 minit sebelum tutup api.


Resepi kari ikan tongkol/aye/kayu

1 ekor ikan tongkol potong setebal anggaran 1 1/2 inci

2 sb rempah kari ikan (saya guna rempah basah) (kalau guna rempah serbuk, campurkan dengan air asam utk jadikan paste
4 tangkai daun kari)
4 cawan santan
1/4 cawan asam jawa

*10 ulas bawang merah
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia

garam secukup rasa
tomato secukupnya (bendi saya tak letak dulu, bila oanaskan semula nanti baru masukkan bendi supaya tak overcook)
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Tumbuk lumat *. Tumis * hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan ikan. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan tomato dan tutup api.

No comments:

Post a Comment