Pages

Monday, April 6, 2015

Sotong masak nasi kandar (kari sotong)

Pagi ni masak baki sotong yang hubby beli kat ganu kite tu....simpan lama2 tak sedap nanti. Kalau aritu masak kari kapitan, kali ni try pula kari nasi kandar resepi dari mamak haji. 



Ikut mamak haji sotong tu pilih yang bertelur tapi payah nak dapat....dalam 2 kg sotong tu sekor jer ada telur dan masuk bulat2......sotong ni pulak besar2 sebab dicandat....saya potongkan kecil2. 

Kari saya 2 in 1....anak2 kurang gemar makan sotong jadi saya rebuskan telur kasi masuk itu kari dalam.....bijakkan....tak payah susah2 masak 2 kali...

Untuk kuah saya guna yogurt + susu cair.....malas nak perah kelapa.



Sotong Masak Nasi Kandar

1 kg Sotong putih (sarat telur). 
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam
1 biji bawang besar (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang besar (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar. 
1 tsp serbuk jintan putih, 
1 tsp serbuk jintan manis, 
1 tsp serbuk kas-kas (pilihan)
1 tsp serbuk cili 
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala)
2 ranting daun kari
3 cili merah dibelah dua memanjang
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.



CARA-CARA:

Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keperangan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. 

Bila mengeluarkan bau harum (jangan sampai hangus!), masukkan bawang kisar. (Bawang kisar adalah cara masak lauk  nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan)  masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. 

Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana bila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. 

Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. 


No comments:

Post a Comment