Pages

Thursday, April 30, 2015

Nasi ayam

Ni la menu yang sempat saya sediakan....2 dalam 1....sarapan cum lunch. Ini antara menu mudah yg lengkap....ada sup, sayur, sambal, nasi dan lauk....

Untuk sup saya guna kaki dan bahagian tengkuk ayam sebab stok lebihan masak ayam 7 spices untuk tahlil aritu banyak. Anak yg kecil tu pun baru tanya bila lagi ummi nak masak kaki ayam....kakak2 pula suka bahagian tengkuk...

Resepi nasi ayam 

Untuk nasi

5 cawan beras (saya guna basmathi - sukatan air ikut jenis beras)
7 cawan air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Beberapa titis pewarna kuning.

Tanak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering titiskan beberapa titis pewarna kuning jika suka. Biarkan nasi masak sepenuhnya (jgn kacau nasi selepas dititiskan pewarna. Biarkan nasi selama lima minit selepas masak sebelum di kareh rata). Masukkan bahan tumis di bawah dan kareh rata.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 sb minyak masak
2 sb minyak sapi

Tumis hingga naik bau dan bawang perang.


Resepi nasi ayam
Untuk ayam

2 ekor ayam (atau bahagian pilihan) - potong ikut citarasa
1 sb sumac (rempah arab boleh beli dari kedai yg menjual makanan timur tengah - jika suka)
1 sb lada hitam (tumbuk/kisar)
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk jintan putih
4 sb kicap
4 sb sos tiram
garam secukup rasa
4 sb gula/madu

Gaul rata dan perap seketika sebelum digoreng.


Resepi nasi ayam
untuk sambal

*5 biji cili kering (rebus atau rendam hingga lembut)
*5 ulas bawang merah 
*5 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
6 sb kicap

Kisar * hingga lumat. Satukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga pekat dengan api kecil. 


Resepi nasi ayam
Untuk sup

Saya guna kaki dan tengkuk ayam (saya rebus guna periuk tekanan selama 10 minit) 
Tuangkan bahan tumis dan tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak

Tumis hingga naik bau dan bawang perang.

Pelengkap rasa

Daun sup dan daun bawang - 

No comments:

Post a Comment