Pages

Monday, April 20, 2015

Burger ayam homemade

Bun charcoal dan fillet ayam istimewa....homemade khas buat anak2 ummi

Burger ayam untuk sarapan pagi dan bekal anak2 ke sekolah.....sebelum maghrib semalam sempat siapkan roti dan fillet....

Pagi tinggal goreng filet jer....


Bahan2 filet
zulfaza love cooking

* 2 kg isi ayam 
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur

Kisar * hingga hancur. Satukan dengan garam, lada hitam, telur dan tepung. Uli hingga jadi doh yang lembut.

Bahan salut filet

tepung gandum + tepung goreng ayam
telur
serbuk roti

Bentukkan filet 4 segi. Salutkan dengan tepung kemudian celupkan dengan telur. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti.
susun dalam bekas dan bekukan. 



Bun burger charchoal
zulfaza love cooking

500 gm tepung roti/high protien (atau tepung gandum)
10 - 20 gm charcoal powder
5 gm improver
15 gm yis
100 gm gula
5 gm garam
1 biji telur gred AA atau 70 gm
80 gm mentega atau shortening
225 gm air/susu segar sejuk

telur + sedikit susu segar dikocok
bijan

Satukan semua bahan. (Pastikan yis dan garam tidak diletakkan berdekatan). Uli hingga tidak lekat ditangan dan bekas serta licin dan elastik. Jika guna BM sila ikut arahan manual. 

Sapu doh dengan minyak. Perap dalam bekas tertutup selama 1 jam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk mengeluarkan udara yg terperangkap. Bentukkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik seganda.   Sementara itu panaskan oven suhu 180°C.

Sapukan telur + susu. Tabur bijan. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Pindahkan ke atas redai...sejukkan. simpan dalam bekas tertutup.

No comments:

Post a Comment